Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suspek muda akan ditemani relawan terlatih apabila disoal polis mulai April

Jan 06, 2017 | 11:44 AM



SUSPEK muda tidak lama lagi akan ditemani sukarelawan terlatih bebas semasa temu duga polis, umum Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada Jumaat (6 Jan).



Ini berikutan semakan antara agensi ke atas proses siasatan jenayah.



Kajian semula protokol diumumkan selepas seorang pelajar berusia 14 tahun, Benjamin Lim, membunuh diri pada 26 Jan tahun lalu beberapa jam selepas dibawa dari sekolah dan disiasat di Divisyen Polis Ang Mo Kio bagi kes dakwaan cabul kehormatan.



Kes itu mencetus banyak publisiti dan kebimbangan mengenai cara suspek muda dilayan oleh sekolah dan polis.



Jawatankuasa kajian semula diminta menimbangkan pengajaran daripada kes itu dan apakah proses harus ditukar. Diketuai MHA, ia melibatkan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga dan Jabatan Peguam Negara (AGC).



Lebih 7,000 suspek muda ditahan polis antara 2011 dan 2015 bagi pelbagai kesalahan, termasuk kes serius seperti merusuh.



Dalam satu sidang akhbar pada Jumaat, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, berkata proses sedia ada baik tetapi penyesuaian diperlukan untuk mempertingkat lagi penyelarasan antara agensi.



Kes Benjamin Lim membuat beberapa orang, termasuk peguam jenayah, mencadangkan Skim Orang Dewasa Adult Sesuai diluaskan kepada kanak-kanak.



Skim itu membolehkan sukarelawan terlatih menemani orang kurang upaya intelektual atau mental semasa temu duga polis.



Encik Shanmugam berkata skim baru bagi suspek muda itu berasingan daripada skim dewasa tetapi dibangunkan atas kejayaan skim sedia ada.



Ia akan dilancarkan secara berperingkat mulai April dan dilaksana sepenuhnya menjelang pertengahan 2019. Skim itu dijangka menelan belanja kira-kira $400,000 dalam fasa pertama dan bermula dengan kira-kira 100 sukarelawan.



Sukarelawan terlatih akan memberi perhatian pada tanda-tanda cemas pada diri suspek, memberi sokongan emosi dan membantu dalam komunikasi mereka dengan penyiasat apabila perlu.



Bagaimanapun, sukarelawan mesti kekal tidak berpihak dan tidak menyokong suspek muda, memberi nasihat undang-undang atau mengganggu proses keadilan dalam apa jua cara.



Walaupun dinyatakan dalam siasatan koroner berhubung kematian Benjamin Lim bahawa sekolahnya melayannya secara sensitif, protokol polis tidak membenarkan orang lain hadir apabila pegawai menemu duga suspek di balai polis.



Begitu juga bukan amalan polis membolehkan guru atau kakitangan sekolah menemani seseorang pelajar dalam kereta polis.



Sebuah pertubuhan perkhidmatan sosial akan dilantik oleh Majlis Perkhidmatan Masyarakat Kebangsaan untuk merekrut sukarelawan, mengadakan latihan, dan mengurus serta mengaktifkan Orang Dewasa Sesuai bagi temu duga suspek oleh polis dan Biro Narkotik Pusat (CNB).



Sebuah jawatankuasa pelaksanaan telah dibentuk, diketuai oleh AGC.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >