Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suspek pencuri motosikal ditangkap

Sep 08, 2016 | 12:30 PM



SEORANG lelaki berusia 23 tahun ditangkap pada Rabu (7 Sep) kerana disyaki mencuri sebuah kenderaan, kata polis dalam satu kenyataan pada Khamis (8 Sep).



Tangkapan itu menyusuli satu laporan orang seorang lagi lelaki berusia 23 tahun pada malam 15 Ogos bahawa motosikalnya hilang dari tempat letak kereta di sebelah Blok 529, Bedok North Street 3.



Beliau terlupa mengeluarkan kunci dari alat pencucuh motosikalnya.



Polis menemui semula kenderaan itu di Peck Seah Street pada 18 Ogos.



Melalui siasatan di lapangan dan dengan bantuan kamera polis, pegawai daripada Divisyen Polis Bedok mengenal pasti suspek dan menangkapnya di Pasir Ris Street 71 pada 7 Sep.



Kesalahan mencuri kenderaan membawa hukuman penjara hingga tujuh tahun dan denda.



Dalam kenyataan yang sama, polis menasihatkan pemilik motosikal mengambil langkah-langkah pencegahan jenayah seperti tidak meninggalkan kunci di kenderaan, letak motosikal di tempat terang, pasang penggera antikecurian, gunakan kanvas untuk menutup motosikal dan gunakan peranti mengunci tambahan, seperti kunci cakera brek, atau memasang pelindung ampaian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >