Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suspek penyeksa kucing di Tampines ditangkap

Jun 01, 2016 | 01:04 PM



SEORANG lelaki berusia 25 tahun yang dipercayai menyeksa seekor kucing di Blok 884, Tampines Street 83 ditangkap pada Selasa (31 Mei) dalam satu operasi bersama polis dan Penguasa Pertanian Makanan dan Ternakan (AVA).



Dia sedang membantu AVA dalam siasatan.



Seekor kucing Siam kelabu ditemui di blok itu Rabu lalu, dengan darah meleleh dari mulutnya. Ia telah "dihempas ke lantai dua kali" dan "dibakar dengan pemetik api", kata Persatuan Kebajikan Kucing melalui Facebook.



Pegawai AVA memulakan siasatan selepas diberitahu tentang kes itu pada kira-kira 2.46 pagi, katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.



Bangkai kucing itu diambil bagi pemeriksaan bedah siasat dan pengawasan dijalankan di kawasan tersebut.



Setelah identiti suspek dikenal pasti dengan bantuan polis, dia ditahan di Tampines Street 84 pada kira-kira 1.30 pagi Selasa.



Orang ramai boleh berkongsi maklumat mengenai kes kekejaman haiwan kepada AVA melalui hotline 24 jam 1800-476-1600.



Di bawah Akta Haiwan dan Burung, sesiapa yang didapati bersalah melakukan kekejaman haiwan boleh dikenakan denda hingga $15,000 atau penjara hingga 18 bulan atau kedua-dua hukuman bagi kesalahan pertama.



Bagi kesalahan berikutnya, hukuman maksimum ialah denda $30,000 atau penjara hingga tiga tahun, atau kedua-duanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >