Subuh
5:38
Syuruk
6:54
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Suspek percubaan rompak kedai pajak di Boon Lay ditangkap

Aug 02, 2018 | 01:36 PM

HASIL sifat peka seorang individu yang ternampak sebuah beg galas yang disembunyikan di belakang beberapa pasu, suspek rompakan bersenjata yang mengancam untuk meletupkan sebuah kedai pajak di luar stesen MRT Boon Lay Sabtu lalu berjaya ditangkap.

Suspek yang merupakan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 29 tahun itu ditangkap di Muscat Street di Kampong Glam, di kawasan tempat tinggalnya, semalam (1 Ogos).

Dia juga telah berada di Singapura melebihi tempoh yang dibenarkan sejak Disember lalu dan sebelum ini merupakan pekerja binaan, kata polis menerusi satu sidang media hari ini.

Dia juga dibawa ke tempat kejadian hari ini bagi membantu dengan siasatan polis.

Dia akan didakwa di mahkamah esok, menurut akhbar The Straits Times.

Semasa kejadian sekitar 4.30 petang Sabtu lalu itu, lelaki itu memasuki kedai pajak berkenaan dengan pisau dan pistol mainan yang diperbuat daripada plastik.

Apabila kakitangan kedai tersebut enggan menuruti permintaannya untuk menyerahkan wang tunai dan barang kemas kepadanya, lelaki itu berkata dia akan meletupkan kedai itu dengan objek yang dikatakannya adalah alat letupan.

Dia kemudian mencampakkan objek itu atas kaunter dan melarikan diri tanpa mengambil apa-apa barang.

Kakitangan kedai itu kemudian mencampak objek itu ke luar dan menghubungi polis.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3