Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suspek pesalah dadah cuba larikan diri namun diberkas CNB

Aug 05, 2019 | 03:08 PM



SEORANG lelaki warga Malaysia berusia 21 tahun diberkas pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) di simpang Shenton Way dengan Maxwell pada pagi Khamis lalu (1 Ogos).



Lelaki itu dilihat tergesa-gesa keluar daripada sebuah tempat letak kereta di sekitar Orchard Towers dengan motosikalnya. 



Sebelum itu, dia telah membuang sebuah beg plastik di tempat letak kereta berkenaan. Beg plastik itu, yang kemudian dijumpai pegawai di tempat kejadian, didapati mengandungi kira-kira 336 gram ‘Ice’ yang bernilai lebih $33,000.



Tiga lagi suspek, termasuk seorang lelaki warga tempatan berusia 30 tahun, ditangkap di tempat berbeza di kawasan Orchard Towers dan International Building.



Mereka antara 192 orang yang disyaki menyalahguna dadah yang diberkas dalam satu gerakan besar-besaran oleh CNB ke seluruh Singapura dari 22 Julai hingga 1 Ogos lalu.     



CNB berjaya merampas 449 gram dadah ‘Ice’, 99 gram heroin, 113 gram ganja, 8 gram ketamin, lima tablet Ecstasy, 56 tablet Erimin-5, 102 gram bahan psikoaktif baru (NPS), lima botol GHB (Gamma-Hydroxybutyrate) dan satu botol metadon. 



Anggaran nilai dadah yang dirampas ini ialah $65,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >