Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suspek rompakan StanChart rancang lari ke Chiang Mai dan kemudian Dubai

Jul 13, 2016 | 02:08 PM



BANGKOK/SINGAPURA: Suspek rompakan bank Standard Chartered di Holland Village yang kini ditahan di Bangkok, ditemui dengan buku nota yang memperincikan rancangannya melarikan diri ke Chiang Mai dan kemudian Dubai, dedah polis Thai pada Rabu (13 Julai).



Ia juga mengandungi frasa yang sama yang warga Canada itu, David James Roach, 26 tahun, tulis pada nota kertas yang digunakan untuk merompak bank tersebut pada Khamis lalu (7 Julai).



Nota itu dilaporkan berbunyi: "Ini satu rompakan, saya ada senjata, beri saya wang, jangan panggil polis."



Dia memasuki cawangan StanChart itu pada kira-kira 11.30 pagi dan memberi juruwang nota tersebut sebelum melarikan diri dengan wang tunai kira-kira $30,000.



Tidak lama selepas itu, dia menaiki penerbangan AirAsia dari Singapura dan tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi Bangkok pada kira-kira 5 petang waktu Thailand (6 petang waktu Singapura) pada hari sama.



Roach menaiki teksi ke Central World dan kemudian berjalan ke asrama tempat dia ditahan kemudiannya.



Pada Rabu (13 Julai), Kolonel Polis Nithithorn Chintakanon mendedahkan mereka mengambil masa dua hari untuk mengesan Roach dengan menghubungi pemandu teksi dan memeriksa rakaman kamera litar tertutup tempat dia turun dari teksi tersebut.



Roach ditemui dengan wang tunai berjumlah 700,000 baht dalam dolar Amerika, dolar Singapura dan baht Thai ketika ditahan kira-kira 20 pegawai polis di Bangkok pada Ahad (10 Julai).



Ketua polis imigresen Thai, Encik Nathatorn Prousoontorn, berkata pada Rabu bahawa Timbalan Ketua Polis Singapura sendiri menelefon Timbalan Perdana Menteri Thailand, Encik Prawit Wongsuwan, mengenai kes itu.



Encik Nathatorn menambah polis Thai secara teknikal tidak menangkap Roach. Mereka hanya membatalkan haknya untuk tinggal di Thailand. Oleh itu, mereka tidak dapat menahannya lama, kata beliau.



Pegawai Canada cuba mendapatkan Roach dihantar pulang ke negara itu, menurut polis Thai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >