Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suspek tipu e-dagang libatkan $200,000 ditangkap

Jul 17, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki berusia 24 tahun ditahan semalam kerana disyaki terlibat dalam sekurang-kurangnya 15 penipuan e-dagang melibatkan penjualan kad grafik komputer.



Siasatan awal bahawa penipuan itu berjumlah lebih $200,000, kata polis, yang menerima beberapa laporan pada awal bulan ini.



Mangsa penipuan itu berkata penjual kad grafik komputer dalam talian menjual produk itu pada diskaun di aplikasi Carousell, namun tidak membuat penghantaran setelah pembayaran melalui pemindahan bank dilakukan.



Pegawai Jabatan Ehwal Komersial (CAD) mengenal pasti dan menahan lelaki itu semalam.



Jika disabit dengan kesalahan menipu, dia boleh dihukum penjara hingga 10 tahun dan denda.



Disebabkan pandemik Covid-19, terdapat kekurangan bekalan kad grafik komputer sedunia. Pembuat cip terpaksa melambatkan atau menghentikan pengeluaran, sedanga permintaan kad grafik komputer semakin meningkat.



Polis menasihatkan pembeli dalam talian mengambil langkah berjaga-jaga berikut:



- Gunakan pembayaran yang melepaskan wang kepada penjual hanya setelah barang dihantar. Elak membuat pembayaran pendahuluan atau pemindahan wang melalui bank kepada penjual.



- Berwaspada penipu mungkin memperdaya pembeli supaya menghungi mereka secara langsung melalui mesej peribadi di wadah Whatsapp atau WeChat dengan menawarkan tawaran lebih baik atau cepat jika pembayaran melalui pemindahan bank dibuat kepada langsung kepada mereka. Mereka mungkin menggunakan akaun bank tempatan atau memberi salinan Kad Pengenalan atau lesen memandu mereka untuk membuat anda percaya bahawa mereka penjual tulen.



- Beli daripada penjual sah atau sumber yang mempunyai reputasi baik, terutama bagi barangan bernilai tinggi.



Orang ramai boleh log masuk ke laman scamalert.sg atau hubungi talian 1800-722-6688 untuk maklumat lebih lanjut.



Mereka yang mempunyai maklumat mengenai penipuan boleh menghubungi talian 1800-255-0000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >