Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSS lantik Mildred Tan pengerusi baru; pengerusi lama jadi pro-canselor pertama

Jun 16, 2021 | 05:30 AM



UNIVERSITI Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), akan melantik pengerusi Tote Board, Cik Mildred Tan, sebagai pengerusi baru lembaga pengamanahnya.



Ini sedang pengerusi sekarang, Encik Richard Eu bakal mengundur diri daripada jawatan itu pada 30 Jun. Encik Eu akan dilantik sebagai pro-canselor pertama universiti itu bulan depan, kata universiti itu semalam.



Encik Eu, yang merupakan pengerusi Eu Yan Sang International, memainkan peranan penting dalam transformasi SUSS menjadi universiti autonomi keenam Singapura pada 2017, kata universiti itu dalam satu kenyataan.



Beliau dilantik sebagai ketua lembaga pengamanah Universiti SIM (UniSIM) pada September 2015 dan terus berkhidmat sebagai pengerusi apabila UniSIM disusun semula menjadi SUSS.



Semasa memegang jawatan sebagai pengerusi, SUSS berkembang daripada empat sekolah menjadi lima, dan meningkatkan penawaran program akademiknya daripada 50 menjadi lebih 80, memberi khidmat kepada 19,500 pelajar.



Beliau juga menyelia penubuhan sekolah undang-undang ketiga Singapura di SUSS pada 2017.



Encik Eu berkata: "Sedang SUSS memulakan fasa pertumbuhan yang seterusnya di tengah-tengah cabaran sosial dan ekonomi dalam dunia yang cepat berubah, saya dengan senang hati menyerahkan amanah kepada Mildred yang cekap dan akan membangun asas kuat SUSS dalam pembelajaran sepanjang hayat dan gunaan, serta memajukan misi kami dalam menyiapkan pelajar untuk berkhidmat kepada masyarakat."



Mengiktiraf sumbangan Encik Eu kepada universiti itu, Menteri Pendidikan Chan Chun Sing berkata:



"Richard telah banyak memberikan sumbangan terhadap kemajuan sistem pendidikan Singapura dengan menubuhkan SUSS sebagai sebuah universiti berautonomi dengan fokus yang kuat kepada pembelajaran sepanjang hayat dan sains sosial.



"Ini telah menciptakan lebih banyak peluang pendidikan bagi pelajar, terutama pelajar dewasa, untuk memenuhi aspirasi mereka dan memenuhi keperluan negara kita yang terus berkembang."



Cik Tan, yang juga anggota Majlis Penasihat Presiden, pula mengucapkan terima kasih kepada Encik Eu atas kepimpinannya dan menyatakan kesan pandemik kepada kakitangan dan pelajar di universiti.



"Kami telah melihat perubahan dramatik apabila kami memindahkan program dan kursus kami ke dalam talian, dan ramai yang perlu menyesuaikan diri dengan norma baru.



"Perubahan dramatik ini, keupayaan menyesuaikan diri dan daya tahan kita adalah petanda baik sedang SUSS mula memandang ke depan dan melihat apa yang boleh dijangkakan," kata Cik Tan.



Cik Tan pernah menyandang jawatan sebagai pengarah urusan di Ernst & Young Advisory dari 2002 hingga pertengahan 2018, dan bertanggungjawab bagi portfolio penasihat perniagaan.



Beliau menyertai lembaga pengawas SUSS tahun lalu.



Presiden SUSS, Profesor Cheong Hee Kiat berkata universiti itu mengalu-alukan Cik Tan sebagai ketua lembaga dan berharap dapat bekerjasama dengan Encik Eu sebagai pro-canselor.



"SUSS akan meraih manfaat daripada pengalaman dan wawasan (Cik Tan) yang meluas sedang kami terus mengejar visi kami untuk menjadi universiti terkemuka demi kebaikan sosial sebagai sebahagian daripada hala tuju strategi baru kami.



"Kami juga ingin menyampaikan penghargaan yang mendalam kepada Richard atas sumbangannya yang besar semasa pelantikannya sebagai ketua lembaga pengamanah SUSS.



"Beliau telah memberikan nasihat strategik yang tidak ternilai kepada universiti ini semasa tahun-tahun pembangunannya dan meletakkan asas untuk tumpuan strategiknya dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang," kata Profesor Cheong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >