Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Susulan kebakaran di Tuas: 3 pekerja maut; 5 tenat

Feb 25, 2021 | 06:17 PM



TIGA pekerja meninggal dunia manakala lima yang lain tenat selepas satu letupan di sebuah bangunan perusahaan di Tuas pada Rabu (24 Februari).



Manakala dua pekerja yang berada di unit berdepan dengan tapak kemalangan di 32E Tuas Avenue 11 pula sudah dibenarkan pulang dari hospital.



Kementerian Tenaga Manusia (MOM) memberikan maklumat terkini di tapak kejadian pada Khamis (25 Februari).



Ledakan itu berlaku di premis Stars Ergng, syarikat kontraktor yang menangani sistem pelindungan kebakaran. Kejadian itu memaksa 65 individu agar mengosongkan kawasan itu ekoran kebakaran yang berlaku.



MOM menambah, tiga pekerja yang mati, belum lagi dikenal pasti, kerana kelecuran teruk yang dialami.



Pihak berkuasa akan memberitahu keluarga mereka sejurus identiti mereka disahkan.



Siasatan awal MOM mendapati ledakan itu berpunca daripada pengumpulan kanji kentang di dalam sekitaran tertutup.



Kontak dengan sumber penyalaan boleh menyebabkan letupan debu mudah terbakar.



Pesuruhjaya Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja, Encik Silas Sng, berkata MOM telah mengeluarkan panduan selepas letupan serupa berlaku beberapa tahun lalu.



Katanya:



"Mengikut fakta saintifik, sudah diketahui bahawa bahan dalam bentuk serbuk boleh menyebabkan letupan apabila ia bertabur di udara dalam sekitaran tertutup.



"Kanji kentang adalah salah satu bahan yang khususnya digunakan syarikat ini bagi produknya. Dari masa ke masa, debunya boleh berkumpul, khususnya apabila perkemasan pengalihudaraan tidak cukup."



Encik Sng juga menyeru syarikat lain yang menangani bahan serupa agar menyemak semula langkah keselamatan mereka agar perkara ini tidak berulang.



"Kita mesti melakukan segala yang termampu agar kita dapat mengelakkan sebarang kehilangan nyawa," kata Encik Sng, yang juga Pengarah Divisyen Keselamatan dan Kesihatan Kerja, MOM.



Kematian di tempat kerja terkini itu menjadikan bilangan kes kematian yang dilaporkan pada tiga minggu pertama Februari mencecah sebanyak 10 orang.



Ini berbanding 30 kes kematian berpunca daripada kemalangan tempat kerja yang dilaporkan bagi keseluruhan tahun lalu.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >