Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Susulan kebakaran di Tuas: 3 pekerja meninggal dunia

Feb 26, 2021 | 05:30 AM



TIGA pekerja telah meninggal dunia akibat kelecuran menyusuli insiden kebakaran yang berlaku di sebuah bangunan perindustrian di 32E Tuas Avenue 11 kelmarin.



Lagi lima pekerja pula sedang berada dalam keadaan kritikal manakala lagi dua pekerja telah diizinkan keluar dari hospital.



Demikian didedahkan Pesuruhjaya Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH), Encik Silas Sng, semasa pihaknya melakukan siasatan di tempat kejadian itu semalam.



Siasatan tersebut dijalankan menyusuli kejadian kebakaran yang berlaku di bangunan perindustrian Platinum@Pioneer pagi kelmarin.



Firma penyedia peralatan keselamatan api Shield+ mempunyai pendaftaran di unit bangunan itu, namun firma Stars Engrg menapak di unit itu.



Stars Engrg - yang juga merupakan perniagaan dalam bidang yang serupa - merupakan majikan pekerja yang telah meninggal itu serta yang berada dalam keadaan kritikal.



Dalam kenyataannya kelmarin, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mendedahkan bahawa ia telah membawa seramai lapan pekerja ke hospital.



Lagi dua pekerja daripada syarikat yang berada di unit menghadap tempat kejadian pula dibawa ke Hospital Ng Teng Fong oleh majikan mereka.



LAPORAN LANJUT: Kanji kentang tercampur sumber api punca letupan Tuas




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >