Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Susulan kematian kembar 11 tahun: Menjaga kanak-kanak berkeperluan khas boleh beri tekanan tinggi, SG Enable

Jan 23, 2022 | 07:04 PM



SG Enable, yang menyediakan khidmat untuk golongan berkeperluan khas, melahirkan rasa sedih di atas kematian kembar lelaki berusia 11 tahun dan ditemui di sebuah longkang besar di Upper Bukit Timah. 



Dua beradik itu dipercayai mempunyai keperluan khas. 



Agensi pemerintah itu turut menyuarakan kesedihan yang bapa mereka akan didakwa atas tuduhan membunuh sambil menarik perhatian bahawa menjaga kanak-kanak yang berkeperluan khas boleh memberikan tekanan. 



Bapa mereka yang berusia 48 tahun, diberkas pada lewat Sabtu (22 Jan) dan akan didakwa atas tuduhan membunuh pada Isnin (23 Jan).  



“Menjaga kanak-kanak yang mempunyai keperluan khas boleh memberikan banyak tekanan dan penjaga mungkin menjadi terlalu penat atau berdepan dengan tekanan emosi. Adalah penting untuk penjaga menjaga kesejahteraan mereka,” ujar SG Enable dalam satu catatan Facebook pada Ahad (23 Jan). 



Ia menggalak penjaga supaya terus berhubungan dengan orang tersayang menerusi panggilan telefon dan mendekati agensi khidmat sosial bagi bantuan menjaga kanak-kanak atau tanggungan yang berkeperluan khas. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >