KOMITMEN pemerintah dalam mengekalkan norma dan nilai keluarga di Singapura amat dihargai kerana nilai-nilai itu masih kukuh dan akan terus kukuh, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).
Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), Muis menekankan, pada masa yang sama, masyarakat harus menyerlahkan sikap sa ling menghormati dan ihsan dalam pergaulan dengan semua golongan masyarakat.
Muis menambah, kehidupan masyarakat Islam berpandukan “ajaran dan nilai moral yang berasaskan agama, termasuk dalam perkara berkaitan seksualiti, perkahwinan dan keluarga sebagai unit sosial yang penting”.
Respons Muis itu sebagai mengulas kenyataan Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, di Parlimen Seksyen itu menetapkan seks antara lelaki sebagai satu jenayah.
Muis turut melahirkan keyakinan bahawa undang-undang sekarang akan memberi perlindungan yang sama bagi semua golongan, tidak kira kepercayaan mahupun orientasi.
Sementara itu, selain Muis, beberapa badan agama yang lain turut menyuarakan sokongan kepada pendirian pemerintah.
Dalam ucapannya di Parlimen kelmarin, Encik Shanmugam telah membentangkan kedudukan pemerintah berkaitan
Keputusan Mahkamah Rayuan menolak rayuan memansuhkan Seksyen 377A dalam Kanun Keseksaan.
Menurutnya, pemerintah sedang mempertimbangkan cara terbaik untuk melangkah ke hadapan berhubung Seksyen 377A, yang meng anggap perbuatan seks antara lelaki sebagai jenayah.
Meskipun undang-undang tersebut dikekalkan, ia tidak boleh digunakan untuk mendakwa lelaki kerana mengadakan seks dengan lelaki lain.
Muis berkata ia sedar akan cabaran yang wujud dalam usaha mengekalkan perpaduan dan keharmonian dalam “masyarakat yang terus berubah dan membawa bersamanya pandangan dan amalan yang berbeza-beza.”
Justeru, sikap saling hormat menghormati serta keterbukaan untuk menerima pandangan dan amalan berbeza perlu diutamakan dalam masyarakat yang inklusif, di samping penggubalan undang-undang yang dapat menawarkan perlindungan bagi semua, katanya.
Di samping itu, Muis melahirkan sokongannya terhadap pendekatan pemerintah untuk meneruskan perbincangan mengenai norma dan nilai Singapura.
“Kami mengalu-alukan komitmen pemerintah untuk mengekalkan norma dan nilai keluarga di Singapura kerana ia masih kukuh dan akan terus kekal kukuh.
“Pada masa yang sama, kita perlu terus memberikan layanan yang penuh hormat dan ihsan kepada semua,” menurut kenyataan itu lagi.
Muis juga akan terus memberikan maklum balas berkaitan isu tersebut dan bekerjasama dengan rakan kongsi dalam usaha mengukuhkan institusi keluarga, tambahnya dalam respons kepada Berita Harian (BH) itu.