Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Susulan kes jangkitan banduan: 4 banduan di sel penjara sama diuji negatif Covid-19

May 16, 2021 | 02:06 PM



KESEMUA hasil ujian empat banduan yang berkongsi sel penjara  dengan seorang lelaki 32 tahun yang diuji positif Covid-19 didapati negatif tetapi mereka akan diuji lagi, kata Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS).



Menurut SPS dalam kenyataannya pada Ahad (16 Mei), empat banduan ini dengan serta-merta dipindahkan ke sel berasingan selepas rakan mereka itu didapati menghidap koronavirus.



Sementara itu, 1,050 banduan, kakitangan dan rakan kerjasama yang telah ke kawasan Kompleks Penjara Changi telah menjalani ujian Covid-19 setelah kes lelaki berkenaan dikenal pasti pada Sabtu (15 Mei).



Menurut SPS, ia telah tamat mengendalikan ujian reaksi rantaian polymerase (PCR) beramai-ramai ke atas  banduan, kakitangan dan rakan kerjasama yang telah mengunjungi Institusi A5 antara 10 hingga 12 Mei lalu.



Kompleks Penjara Changi terdiri daripada dua kelompok A dan B yang setiap satu menampung lima institusi.



Tiada kes positif dikesan sejauh ini tetapi kegiatan di Institusi A5 telah dihentikan sebagai langkah berjaga-jaga.



Ini termasuk kunjungan keluarga, sesi kaunseling, program pemulihan melibatkan penyedia khidmat dan sukarelawan serta janji temu hospital yang tidak kritikal.



SPS menambah, semua kawasan yang terjejas telah dibersihkan dan dinyahjangkitkan.



Pihak penjara juga akan menguji semua  banduan, kakitangan dan rakan kerjasama dari Kelompok A secara beransur-ansur dalam masa beberapa hari ini bagi mengenal pasti dan mengasingkan kes tanpa tanda jangkitan.



Jumlah keseluruhan individu yang diuji dijangka sekitar 5,000 orang.



Menurut SPS, banduan yang dijangkiti itu bekerja di dapur penjara di Institusi A dalam Kelompok A, Kompleks Penjara Changi.



Beliau adalah kontak rapat cef yang digajikan Sats Food. 



Banduan ini yang menyokong tugasan menyediakan makanan harian menjalani ujian PCR pada hari yang sama dikenal pasti sebagai kontak rapat cef itu.



Hasil ujiannya positif keesokan hari dengan beliau dipindahkan ke pusat kuarantin di Kompleks Selarang Park di mana keadaan kesihatannya dipantau kakitangan perubatan di situ.



Menurut SPS lagi, kes ini berada dalam keadaan baik kini dan tidak menampakkan tanda jangkitan.



Semua banduan yang baru dimasukkan ke penjara SPS perlu akur pada proses pengasingan kohort selama 14 hari dan ujian Covid-19.



Sejak 8 Mei, tempoh pengasingan kohort telah dinaikkan kepada 21 hari, melihat pada tambahan bilangan kes masyarakat.



Banduan yang telah menjalani ujian pada hari ke-14 dan 20 proses pengasingan kohort akan dibenarkan menyertai banduan lain selepas diuji negatif pada akhir tempoh ini.



Sekitar 96 peratus kakitangan SPS yang layak secara perubatan telah menjalani vaksinasi penuh.



Satu latihan vaksinasi bagi banduan yang layak secara perubatan sedang berlangsung dengan sekitar 35 peratus daripada mereka telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin berkenaan.


 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >