Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Susulan kes jangkitan cef dapur penjara: Kunjungan keluarga banduan, sesi kaunseling dihenti; 5,000 banduan, pekerja penjara jalani ujian Covid-19

May 15, 2021 | 11:36 AM



PERKHIDMATAN Penjara Singapura (SPS) telah memperketat langkah berjaga-jaga termasuk menghentikan kunjungan keluarga banduan ke penjara, sesi kaunseling dan janji temu hospital yang tidak kritikal menyusuli pengesahan seorang cef di dapur Kompleks Penjara Changi (CPC) dijangkiti Covid-19 pada Jumaat (14 Mei).



Dalam satu kenyataannya pada Sabtu (15 Mei), SPS mengesahkan cef yang bertugas secara kontrak di dapur penjara sekitar Institusi A5 dalm Kelompok A CPC itu diuji positif Covid-19 dan disenaraikan Kementerian Kesihatan (MOH) sebagai antara kes baru yang dikenal pasti pada Jumaat.



Cef itu dikatakan melaporkan diri untuk bertugas pada 12 Mei lalu tetapi rasa tidak sihat setelah tamat syif pada hari itu. Beliau bertemu doktor pada petang Rabu itu. Satu ujian Reaksi Rantaian Polymerase (PCR) telah dijalankan ke atasnya dengan hasil ujian itu positif pada 13 Mei. 



Cef berkenaan telah menerima suntikan kedua vaksin Covid-19 pada 10 April lalu.



Menyusuli pengesahan ujiannya itu, SPS serta-merta menghentikan operasi dapur di Institusi A5 dan memulakan usaha jejak kontak bagi mengenal pasti kakitangan dan banduan yang mempunyai kontak rapat dengan cef itu. 



Semua kontak, tambah SPS, telah diasingkan atau dikuarantin sementara menanti perintah kuarantin rasmi diberikan kepada mereka.



Para banduan menjalani perintah kuarantin di penjara, diasingkan daripada banduan lain sementara kakitangan dan penyedia khidmat atau sukarelawan menjalani perintah kuarantin di kemudahan kuarantin khusus MOH.



Semua kawasan terjejas telah dibersihkan dan melalui proses penyahjangkitan secara terperinci.



SPS telah memulakan ujian PCR bagi semua banduan, kakitangan, penyedia khidmat dan sukarelawan yang berkunjung ke Institusi A5 antara 10 dengan 12 Mei lalu. Secara keseluruhannya, 1,050 banduan, kakitangan dan rakan kerjasama akan diuji. Operasi ujian PCR ini masih berlangsung.



Sementara menanti hasil keputusan ujian mereka yang menjalani perintah kuarantin, SPS akan mengambil langkah berjaga-jaga yang dipertingkatkan dalam menguji semua banduan, kakitangan dan rakan kerjasama daripada Kelompok A secara beransur-ansur dalam masa beberapa hari ini.



Ini adalah bagi memastikan virus itu tidak tersebar tanpa dikesan dalam lingkungan penjara serta kes tanpa tanda jangkitan akan segera dikenal pasti dan diasingkan.



Sekitar 5,000 banduan, kakitangan dan rakan kerjasama akan diuji secara beransur-ansur dalam masa beberapa hari ini.



Kegiatan banduan termasuk program pemulihan akan digantung bagi memudahkan ujian dijalankan. Rakan kerjasama yang terjejas dengan langkah menggantung kegiatan ini akan diberitahu.



Dalam pada itu, melihat pada pengumuman terkini MOH bagi memperketat langkah dalam  masyarakat bagi mengurangkan risiko jangkitan dalam masyarakat, SPS akan menghentikan kunjungan bersemuka dan kunjungan 'televisit' (secara maya di pejabat penjara menerusi portal khusus).



Sebaliknya, ia akan digantikan dengan panggilan telefon mulai 17 Mei hingga satu tarikh yang akan ditetapkan. 



Banduan, dalam pada itu, masih boleh berhubung dengan keluarga mereka menerusi kaedah surat elektronik.



Sejak 8 Mei lalu, SPS juga telah menambah tempoh pengasingan kohort bagi banduan yang baru masuk daripada 14 kepada 21 hari, sejajar dengan tambahan bilangan kes Covid-19 dalam masyarakat.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >