Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Susulan pembentukan kelompok Westlite Woodlands: Lebih 5,500 pekerja jalani ujian pengesanan awal Covid-19 di dormitori, tapak kerja

Apr 28, 2021 | 04:08 PM



LEBIH 5,500 pekerja telah menjalani ujian Covid-19 sebagai sebahagian operasi menguji awal yang dilaksanakan di pelbagai dormitori dan tapak kerja mulai Jumaat hingga Isnin lalu (23 April hingga 26 April), kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Rabu (28 April).



Menurut MOM dalam kenyataannya, pihak berkuasa sedang menjalankan langkah berjaga-jaga menyusuli terbentuknya kelompok di Dormitori Westlite Woodlands yang mempunyai tujuh kes sejauh ini termasuk lima yang dijangkiti semula.



Secara keseluruhannya, 26 penghuni dormitori diuji positif Covid-19 walaupun dua kes selanjutnya disahkan negatif sementara 11 yang lain pula didapati sudah mula meluputkan cebisan virus.



Ujian-ujian yang dikendalikan adalah tambahan pada ujian rutin yang dijadualkan buat penduduk dormitori bagi setiap 14 hari. Mereka yang menjalaninya termasuk dua pekerja yang telah pulih daripada jangkitan sebelum ini serta pekerja yang tidak pernah dijangkiti, tambah MOM lagi.



Dalam kalangan lebih 5,500 pekerja yang diuji ini adalah yang bertugas di tapak kerja berkaitan kes yang disahkan sebelum ini di samping pekerja lain yang mempunyai kontak dengan mereka dan merupakan penghuni dormitori lain.



MOM menambah, tidak semua yang menjalani ujian ini adalah pekerja yang sudah pulih. Sesetengah daripada mereka malah tidak pernah dijangkiti Covid-19 sebelum ini.



Operasi awal ini dijalankan Kumpulan Keyakinan, Penjagaan dan Pelibatan (ACE) di bawah MOM bersama Kementerian Kesihatan (MOH), Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) serta Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB).



MOM berkata langkah berjaga-jaga ini telah diambil bagi melindungi pekerja yang sihat dan mengekang risiko jangkitan.



BCA telah mempertingkatkan pemeriksaan ke atas langkah keselamatan di tapak binaan juga, tambah MOM.



Penduduk dormitori masih boleh memanfaatkan kemudahan kemasyarakatan di dalam dormitori dan pusat riadah tetapi penggunaannya dikawal bagi mengurangkan pergaulan pekerja.



Pergerakan bersilang pekerja antara blok dormitori masih dilarang.



"Pekerja juga dinasihati agar menghentikan interaksi sosial dengan pekerja lain yang tidak menetap di bilik yang sama atau setingkat," tambah MOM.



Ia memberi jaminan pekerja migran yang terjejas serta memerlukan bantuan perubatan masih boleh mendapatkan khidmat ini dengan langkah menjaga kesejahteraan minda mereka termasuk khidmat 'hotline' kaunseling dalam bahasa asal mereka disediakan.



MOM juga menambah pekerja yang terjejas akan terus dibayar gajinya dalam tempoh kuarantin dan ketika mereka tidak dapat bekerja kerana ia dianggap sebagai cuti hospital bergaji sebagai sebahagian kelayakan cuti pekerja.



"MOM menghargai sumbangan dan kerjasama pekerja migran kita sedang kita usahakan yang terbaik bagi melindungi mereka dengan mengambil keputusan mengurus kelompok jangkitan berpotensi daripada wujud.



"Langkah seperti kuarantin tidak dijalankan bagi tempoh yang lebih lama daripada yang diperlukan oleh kerana sebab kesihatan awam," jelas MOM.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >