Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PESTA WARISAN SINGAPURA

Susuri warisan penjaja, budaya makan

Mar 23, 2019 | 05:30 AM



BUDAYA makan yang biasa dikaitkan dengan amalan rakyat Singapura akan mendapat perhatian pada hujung minggu ini melalui persembahan teater Mimpian Makan atau Makan Dreaming di tengah-tengah Pusat Makanan Bedok.



Persembahan tersebut adalah sebahagian daripada Pesta Warisan Singapura (SHF) 2019.



Mimpian Makan terhasil dengan inspirasi daripada kisah dan kehidupan penjaja.



Selain itu, lawatan makanan berpandu serta pengalaman menikmati santapan Peranakan yang diatur khas oleh penulis makanan tempatan dan pengasas blog Fat Fuku, Cik Annette Tan.



SHF dianjurkan buat kali ke-16 tahun ini bermula 15 Mac lalu sehingga 7 April nanti, dengan edisi khas sempena menyambut ulang tahun ke-200 atau Bicentennial Singapura diadakan.



Selama empat hujung minggu, SHF 2019 akan mengetengahkan program di beberapa kawasan di merata Singapura.



Dari 15 hingga 17 Mac, fokus telah diberikan kepada kawasan Kampong Glam dan Taman Armenian Street; pada 22 hingga 24 Mac fokus akan diberikan kepada kawasan Bedok; 29 hingga 31 Mac di Telok Blangah dan 6 hingga 7 April di Kranji.



Pesta tersebut bertujuan berkongsi kisah Singapura, memberi peluang kepada warga setempat mengenangkan sejarah mereka dan mempelajari perubahan yang dilalui sehingga menjadikan negara ini maju hari ini.



Orang ramai boleh mempelajari tentang kawasan tersebut dan mendengar kisah yang jarang diketahui.



"2019 merupakan tahun yang istimewa bagi Singapura. Sambil kita meraikan tahun bicentennial... kita mahu berkongsi kisah yang telah membawa kita ke mana kita berada sekarang.



"Pameran dan program yang tersedia, termasuk pameran di perhentian bas di seluruh negara yang diadakan buat kali pertama, menunjukkan bahawa warisan berada di sekitar kita," ujar Encik Jervais Choo, pengarah program SHF 2019.



Dilancarkan pada 2004, SHF merupakan pesta yang menyediakan wadah bagi warga Singapura meneroka aspek yang kurang diketahui mengenai budaya dan warisan negara.



Bagi senarai penuh acara yang diadakan sempena SHF tahun ini, sila lungsuri laman www.heritagefestival.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >