Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUTD bakal tawar kursus baru bidang reka bentuk dan kecerdasan buatan

Jan 10, 2020 | 05:55 PM



Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) melancarkan kursus sarjana muda dalam bidang reka bentuk dan kecerdasan buatan (AI).



Ini merupakan persediaan bagi permintaan yang bakal meningkat bagi bakat yang mampu menggabungkan kepakaran dalam bidang inovasi reka bentuk dengan teknologi AI.



Program tiga tahun setengah yang diadakan buat julung-julung kalinya itu akan menerima pelajar tahun akademik ini, yang akan bermula Mei, menurut kenyataan SUTD Jumaat (10 Januari).



Pelajar akan didedahkan kepada bidang reka bentuk seperti pengalaman pengguna (UX) dan desain antara muka pengguna (UI) produk, sistem, persekitaran terbina dan reka bentuk berdasarkan data.



Mereka juga akan belajar untuk menggunakan teknologi dan algoritma AI untuk menghasilkan reka bentuk dan aplikasi yang lebih baik.



Lulusan program tersebut boleh bekerja sebagai saintis data dan pakar visualisasi data dalam industri seperti perancangan bandar, reka bentuk produk dan telekomunikasi, menurut universiti tersebut.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >