Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUTD dapat suntikan dana hingga $75j, buka akademi pendidikan dewasa

Jan 10, 2018 | 09:52 PM



UNIVERSITI Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) akan mendapat bantuan dana sehingga $75 juta daripada Kementerian Pendidikan (MOE) demi menyokong rancangan pertumbuhan universiti itu dalam pendidikan dan penyelidikan.



Universiti itu turut melancarkan Akademi SUTD, sebuah daya usaha pengajian dewasa, lapor The Straits Times hari ini.



Majlis pelancaran akademi itu dihadiri Menteri Pendidikan (Pendidikan Tinggi dan Kemahiran), Encik Ong Ye Kung.



Dana itu bertujuan membantu universiti tersebut melaksanakan rancangan seperti membangunkan kepakaran lebih mendalam dalam beberapa sektor pertumbuhan utama Singapura.



Disember tahun lalu, SUTD mengumumkan ia akan memberi tumpuan kepada empat bidang utama - penjagaan kesihatan, perbandaran, kecerdasan buatan (AI) dan sains data serta penerbangan.



Akademi itu, yang dimulakan dalam menyokong Siri SkillsFuture yang dilancarkan Oktober tahun lalu, akan menawarkan 20 kursus baru dalam keselamatan siber, analitik data, kejuruteraan, huraian bandar dan khidmat menggunakan teknologi seperti rekaan sofwe.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >