Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Swee Keat garis 4 fokus hadapi cabaran ekon

* Semua industri perlu beri tumpuan pada * inovasi * teroka dunia * melatih semula pekerja dan * pertingkat kemampuan syarikat
Oct 30, 2017 | 05:30 AM



BAGI memenuhi cabaran ekonomi masa depan, industri daripada semua sektor perlu memberi tumpuan kepada empat usaha utama - menjalankan inovasi; menebar sayap ke peringkat antarabangsa; melatih semula pekerja; dan mempertingkat kemampuan syarikat.



Menekankan demikian kepada sekitar 180 peserta di sebuah dialog semalam, Menteri Kewangan Heng Swee Keat berkata kededua pekerja dan syarikat perlu mempertingkatkan diri untuk menghasilkan kesan positif dalam ekonomi yang pesat berkembang.



Menjawab soalan yang diajukan kepadanya selaku Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Masa Hadapan, Encik Heng berkata isu ekonomi bukan sekadar mengenai hari esok tetapi juga untuk masa akan datang.



"Banyak perubahan besar yang sedang berlaku di serata dunia. Tidak kira China, India, Asia Tenggara, semua negara perlu lakukan lebih baik; dan akan wujud perubahan struktur dalam ekonomi.



"Satu lagi perubahan adalah teknologi - yang sedang berubah dengan pesat. Bagaimana dapat kita menyesuaikan diri dengan semua perubahan ini?



"Caranya adalah semua industri perlu pertingkat diri, atau apa yang digelar sebagai transformasi industri.



"Empat elemen penting pada transformasi ini ialah setiap syarikat memanfaatkan teknologi, menebar sayap ke luar negara untuk mendapatkan pasaran lebih besar, lengkapkan kemahiran yang betul bagi setiap individu memandangkan pekerjaan akan berubah, dan akhir sekali mempertingkat kemampuan syarikat bagi memenuhi keperluan hari ini," katanya sambil menekankan isu penuaan juga menjejas tenaga kerja hari ini.



Mengenai isu penuaan, Encik Heng berkata ini bermakna pertumbuhan tenaga kerja lebih rendah, lebih ramai orang akan bersara, dan ini juga menandakan hilangnya pengalaman pekerja matang itu.



Encik Heng mengadakan dialog tersebut dengan penduduk dan pelajar di Kelab Masyarakat Cairnhill di akhir lawatan menterinya ke estet Moulmein-Cairnhill.



Menyentuh isu penuaan dengan kos jagaan kesihatan yang kian meningkat kini, Encik Heng menasihatkan orang ramai agar memberi tumpuan serius kepada kesihatan mereka.



Ini, katanya, akan menjadikan kos jagaan kesihatan dimampui ramai.



"Kita juga tidak boleh mengetepikan aspek sosial jagaan kesihatan.



"Jika anda duduk sendirian di rumah, lebih mudah jatuh sakit.



"Tetapi kalau anda bergaul dengan jiran tetangga dan kekal aktif, biasanya mereka akan dapat kekalkan tubuh yang sihat," katanya.



Dalam lawatan tersebut, Encik Heng telah mengunjungi beberapa tempat di mana beliau diperkenalkan kepada program bagi penduduk yang memerlukan, program dana kebajikan bagi pemeriksaan kesihatan serta usaha sama penduduk dalam menjaga taman.



Terdapat juga perasmian aplikasi yang diberi nama Mo-Ca Cares yang memudahkan pemadanan penduduk yang ingin membantu dalam kawasan undi itu dengan mereka yang memerlukan bantuan, selain menyediakan 'bank pekerjaan' yang terdapat dalam kawasan tersebut.



Dalam dialog itu, Encik Heng, yang ditemani Penasihat kepada Pertubuhan Akar Umbi GRC Tanjong Pagar, Encik Melvin Yong, telah memuji usaha kawasan undi itu dalam menghubungkan masyarakat agar wujud interaksi antara penduduk daripada pelbagai latar belakang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >