ROMBAKAN KABINET
'Swee Keat individu terbaik dilantik jadi DPM'
Dilantik Menteri Kanan
Apr 24, 2019 | 05:30 AM
PERALIHAN kepimpinan yang diumumkan semalam "mungkin tidak menarik dan telah pun diramalkan, namun ia sesuai bagi Singapura", kata Encik Tharman Shanmugaratnam, dalam satu catatan Facebook semalam berhubung rombakan Kabinet.
Rombakan Kabinet yang diumumkan semalam akan menyaksikan kedua-dua Encik Tharman dan Encik Teo Chee Hean melepaskan jawatan Timbalan Perdana Menteri (DPM) dan dilantik sebagai Menteri Kanan dalam Kabinet.