Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Swee Keat jadi Timbalan PM; Chee Hean, Tharman dilantik Menteri Kanan

Apr 23, 2019 | 04:38 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong akan melakukan rombakan kabinet, berkuatkuasa 1 Mei ini.



Encik Heng Swee Keat akan dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Beliau akan kekal sebagai Menteri Kewangan dan terus mempengerusi Majlis Ekonomi Masa Depan serta Yayasan Penyelidikan Nasional.



Encik Heng akan dilantik sebagai Pemangku Perdana Menteri dalam ketiadaan Perdana Menteri, menurut kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri hari ini (Selasa, 23 April).



Sementara itu, Encik Teo Chee Hean dan Encik Tharman Shanmugaratnam akan melepaskan jawatan masing-masing sebagai Timbalan Perdana Menteri.



Mereka akan dilantik sebagai Menteri Kanan dan kekal dalam kabinet, tambah kenyataan tersebut.



Encik Teo akan terus menggalas tanggungjawab Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara.



Dalam pada itu, Encik Tharman pula akan dilantik semula sebagai Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial. Beliau akan tetap menasihati Perdana Menteri mengenai dasar-dasar ekonomi.



Menyentuh rombakan kabinet tersebut dalam satu pos Facebook, PM Lee berkata:



"Kepimpinan generasi akan datang sudah mengambil bentuk, dan semakin mengambil alih dari saya dan rakan-rakan saya yang lebih tua. Pasukan ini bekerjasama rapat, membina kepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadap kepimpinan mereka.



"Saya meminta semua warga Singapura untuk menyokong mereka, dan bekerjasama untuk mencapai masa depan yang cerah untuk Singapura."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >