Swee Keat keluar hospital; pemulihan amat baik, kata PMO
Jun 26, 2016 | 05:30 AM
MENTERI Kewangan, Encik Heng Swee Keat, dibenarkan pulang dari Hospital Tan Tock Seng (TTSH) semalam, lebih enam minggu selepas diserang angin ahmar.
Beliau 'telah pulih dengan sangat baik' tetapi masih bercuti sakit demi meneruskan pemulihannya, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataannya.