Swee Keat: Laporan semakan ekonomi dijangka siap akhir tahun depan

JAWATANKUASA yang ditugaskan untuk memandu ekonomi masa depan Singapura akan menyerahkan laporannya sekitar Disember tahun depan, kata Menteri Kewangan Heng Swee Keat hari ini, Rabu.

Para anggota jawatankuasa pemandu pula akan diumumkan menjelang awal Disember ini, tambah Encik Heng yang mempengerusikan panel tersebut.

Ini bermakna proses menyemak semula ekonomi Singapura akan mengambil masa sekitar 12 bulan - tempoh yang sama yang diambil oleh jawatankuasa-jawatankuasa semakan terdahulu.

Bercakap kepada wartawan selepas dialog tertutup dua jam dengan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF), Encik Heng berkata panel semakan itu akan memberi tumpuan kepada lima 'masa depan' ekonomi Singapura - masa depan pekerjaan, syarikat, sumber, teknologi dan pasaran.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:08
Asar
4:33
Maghrib
7:13
Isyak
8:28
3 HR PSI: 46
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.