Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Swee Keat: Pemerintah tidak akan benarkan sistemnya longgar

Feb 10, 2019 | 05:30 AM



MENTERI Kewangan Heng Swee Keat berkata pemerintah tidak akan membenarkan sistemnya longgar dan memastikan pemimpinnya melakukan apa yang perlu demi memastikan ia menjadi betul.



Encik Heng, pemimpin generasi keempat Parti Tindakan Rakyat (PAP), menyatakan demikian sebagai respons kepada sebuah komentar oleh akhbar berbahasa Cina, Lianhe Zaobao, pada 1 Februari lalu.



Dalam komentar itu, laporan itu menukil sikap sambil lewa sebagai satu sebab berlakunya beberapa kejadian seperti kematian dalam latihan Perkhidmatan Negara (NS), serangan siber SingHealth dan kebocoran data HIV.



Ia menyeru agar pemerintah meneliti sebab mendalam kejadian itu berlaku, mengelakkan kegagalan sistemik dan mengembalikan keyakinan awam.



"Kami tidak gentar meneliti diri kami setiap kali berlakunya kegagalan, dan melakukan apa jua yang perlu untuk menjadikan ia betul.



"Tetapi, saya menolak saranan oleh beberapa kepimpinan politik bahawa kita membenarkan sistem secara keseluruhan menjadi longgar. Apa yang lebih buruk, kita tidak tegas dengan diri kita dan perkhidmatan awam, serta gagal menyebabkan orang-orang kanan bertanggungjawab apabila keadaan menjadi buruk,'' jelas Encik Heng, dalam komentar yang diterbitkan akhbar The Straits Times (ST) dan Lianhe Zaobao semalam.



Beliau menambah, setiap generasi menghadapi cabaran tersendiri.



Tetapi setiap kali cabaran atau masalah itu berlaku, pemimpin perintis negara ini mendapat pengajaran daripada kejadian itu dan mengambil langkah agar perkara itu menjadi betul.



Usaha kolektif itu membantu Singapura menikmati tahap pembangunan yang tinggi, ujar Encik Heng.



Walaupun sistem hari ini lebih canggih yang membantu membaiki kehidupan rakyat, ia juga menimbulkan risiko baru.



Seperti rangkaian MRT, sistem isyarat baru telah dipasang bagi dua laluan MRT tertua, serta kereta api dan laluan rel baru dibina bagi meningkatkan keupayaan.



"Kita harus memulakan usaha memperbaharu sistem MRT lebih awal. Tetapi, kita pelajari daripada pengalaman ini dan akan terus membaiki sistem itu. Kita belum lagi mencapai apa yang ingin dikecapi. Tetapi, tinjauan menunjukkan penumpang mendapati kereta api tidak sesesak dulu dan khidmat lebih baik dinikmati,'' tambahnya.



Kegagalan akan tetap berlaku dan akan disiasat dengan teliti jika ia berlaku.



Dalam kes lebih serius, jawatankuasa siasatan bebas akan dibentuk dan dapatan siasatan itu dibentangkan kepada awam.



Individu yang didapati bersalah akan dipertanggungjawabkan dan didisiplin.



"Jika kesilapan yang berlaku menunjukkan pemimpin itu tidak menjalankan tugas dengan baik, cuai atau tidak berupaya, tindakan serius perlu diambil termasuk meminta pemimpin itu berhenti,'' ujarnya.



Tetapi, meminta pemimpin itu berhenti tidak harus dilakukan setiap kali kegagalan berlaku kerana tindakan itu memberikan gambaran ia dapat menghuraikan masalah walaupun kes itu tidak semestinya berlaku, tambahnya.



Encik Heng menambah tindakan yang diambil juga tidak harus menghalang pegawai awam daripada berinovasi.



"Jika pegawai awam tidak berani mengambil risiko kerana takut diberhentikan kerana perkara buruk boleh berlaku, ia akan menyebabkan kita tidak akan dapat membina sebuah negara yang cemerlang,'' ujar Encik Heng.



Dalam memupuk budaya, setiap individu, tambahnya, harus berusaha mencapai mutu dan keselamatan lebih baik, serta berasa bangga dengan apa yang dilakukannya.



"Walaupun beberapa kegagalan menunjukkan kelemahan sistemik yang perlu dibaiki, kegagalan yang lain berlaku kerana sikap individu yang sambil lewa terhadap kerja,'' tambahnya, sambil menyatakan sikap kerja rakyat Jepun dan Switzerland boleh dicontohi.



"Kita harus mengukuhkan minda peribadi dalam setiap tahap masyarakat... Walaupun ia menyebabkan jangkaan tinggi bagi setiap warga, kita harus meneruskan laluan ini.



"Jika kita mengambil sikap sambil lewa dan kendur, habislah kita,'' tambah Encik Heng.




"Kami tidak gentar meneliti diri kami setiap kali berlakunya kegagalan, dan melakukan apa jua yang perlu untuk menjadikan ia betul.

Tetapi, saya menolak saranan oleh beberapa kepimpinan politik bahawa kita membenarkan sistem secara keseluruhan menjadi longgar. Apa yang lebih buruk, kita tidak tegas dengan diri kita dan perkhidmatan awam, serta gagal menyebabkan orang-orang kanan bertanggungjawab apabila keadaan menjadi buruk.''

- Encik Heng Swee Keat, Menteri Kewangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >