Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERSIDANGAN PERSPEKTIF SINGAPURA 2018

Swee Keat: Pemimpin 4G bekerjasama rapat

Menteri Kewangan turut mengongsi pandangan tentang Belanjawan Negara, termasuk isu GST
Jan 23, 2018 | 05:30 AM



PASUKAN menteri generasi keempat (4G) adalah sebuah pasukan 'yang berfikiran serius' dan sedang melakukan yang terbaik untuk Singapura, kata Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat.



Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada beliau bersedia untuk mengetuai pasukan menteri 4G, semasa sidang Perspektif Singapura 2018 di Pusat Persidangan Raffles City, anjuran Institut Pengajian Dasar (IPS) semalam.



Ini merupakan komennya yang pertama tentang kepimpinan generasi keempat.



Meskipun Encik Heng tidak menjawab pertanyaan sama ada beliau bersedia atau tidak, tetapi beliau memberitahu para peserta yang beliau bekerja baik dengan pasukan menteri generasi keempat.



"Tentang pasukan generasi keempat, kita boleh bekerjasama dengan sangat baik, ia adalah sebuah pasukan yang berfikiran serius dan sedang melakukan yang terbaik.



"Saya selesa bekerjasama dengan mereka. Bukan hanya pasukan generasi keempat sahaja, tetapi seluruh Kabinet



"Perdana Menteri Lee Hsien telah menunjukkan contoh yang baik.



"Ia adalah sebuah pasukan yang bersatu padu, dan kami membincangkan berbagai isu setiap minggu..." ujar Encik Heng.



Encik Heng merupakan antara calon utama bagi jawatan Perdana Menteri - selain Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Encik Chan Chun Sing; dan Menteri Pendidikan (Pendidikan Tinggi dan Kemahiran), Encik Ong Ye Kung.



Awal bulan ini, seramai 16 menteri dan pemegang jawatan politik telah mengeluarkan kenyataan bersama yang mereka sedang bekerja rapat bagi memilih pemimpin di kalangan mereka.



Encik Heng juga menarik perhatian satu cabaran utama harus ditangani adalah kerumitan yang semakin meningkat di Singapura dan perlunya melihat isu-isu dihadapi negara ini dalam konteks global.



Menurutnya, walaupun Singapura hanyalah 'satu titik merah yang kecil' tetapi ia boleh menyinar jika ia bergabung tenaga dan bekerja sama.



"Justeru kita perlu berfungsi sebagai sebuah pasukan yang bersatu padu," tekan Encik Heng.



Sementara itu, isu kenaikan cukai turut disentuh dalam sesi dialog tersebut.



Ramai pengamat meramalkan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dinaikkan dan diumumkan semasa Belanjawan 2018 nanti.



Apabila ditanya apakah yang menjadi pertimbangannya dalam menaikkan kadar cukai, Encik Heng menjawab, terdapat dua pertimbangan utama.



Pertama, jelasnya adalah faktor kecekapan bermakna adakah ia cara terbaik mengumpul cukai atau boleh menyebabkan salah peruntukan dan sebagainya.



Faktor kedua pula adalah ekuiti, iaitu adakah ia dilakukan secara adil.



"Memang ada tukar ganti. Dari jangka pendek, ia mungkin tampak tidak adil mengenakan kenaikan cukai.



"Tetapi dari jangka panjang, ia lebih berkesan dan adil, " jawab beliau.



Encik Heng berharap, rakyat tidak akan melihatnya sebagai kenaikan atau penurunan cukai dan melihat Belanjawan bukan hanya sekadar untuk memberi 'hadiah' atau dalam istilah Inggeris, goodies, sahaja tetapi sebagai satu rancangan strategik demi masa depan Singapura.



"Belanjawan adalah bagaimana kita menyalurkan sumber bagi masa depan Singapura, ia satu rancangan strategik," terangnya.



Dalam pada itu, berbagai isu berkaitan kesan penduduk semakin tua ke atas ekonomi dan keselamatan sosial turut dibincangkan dalam sidang tersebut.




APA KATA ENCIK HENG SWEE KEAT TENTANG:



BARISAN KEPIMPINAN 4G



"Tentang pasukan generasi keempat, kita boleh bekerjasama dengan sangat baik, ia adalah sebuah pasukan yang berfikiran serius dan sedang melakukan yang terbaik. Saya selesa bekerjasama dengan mereka. Bukan hanya pasukan generasi keempat sahaja, tetapi seluruh Kabinet. Perdana Menteri Lee Hsien telah menunjukkan contoh yang baik. Ia adalah sebuah pasukan yang bersatu padu, dan kami membincangkan berbagai isu setiap minggu..."



BELANJAWAN NEGARA



"Belanjawan adalah bagaimana kita menyalurkan sumber bagi masa depan Singapura, ia satu rancangan strategik."



KENAIKAN KADAR GST



"Dari jangka pendek, ia mungkin tampak tidak adil mengenakan kenaikan cukai. Tetapi dari jangka panjang, ia lebih berkesan dan adil."




SEKILAS ISU DIBINCANGKAN



  • Kesan pada ekonomi ekoran tenaga kerja lebih tua selain meneliti dasar modal insan dan pembangunan ekonomi yang diperlukan

  • Mengubah pekerjaan demi memanfaatkan sumbangan pekerja lebih tua

  • Isu politik dan sosial yang dihadapi masyarakat menua

  • Mengambil kesempatan peluang yang timbul

  • Meneliti institusi serta dasar ekonomi dan sosial demi memanfaatkan usia yang panjang

  • Salah tanggapan yang memaparkan warga tua Singapura sebagai beban




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >