MENTERI Pendidikan, Encik Heng Swee Keat, sedang menyelia sebuah pasukan petugas khas yang dibentuk bagi mengendali keprihatinan penghuni Tampines Centrale 8 yang tidak puas hati mengenai isu kekurangan dan desain projek Skim Reka, Bina dan Jual (DBSS) itu.
Pasukan petugas itu, yang dipimpin pengarah kumpulan kawasan undi GRC Tampines, Encik Kelvin Thong, daripada Persatuan Rakyat (PA), akan merangkumi anggota daripada Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Tampines dan wakil pelbagai agensi, seperti Majlis Bandaran Tampines dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), kata Encik Thong.