Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Swee Keat: Tiga teras utama Belanjawan akan datang

Tumpuan akan diberi kepada usaha perkukuh keselamatan, penuhi keperluan pendidikan dan penjagaan kesihatan serta merubah ekonomi
Jan 21, 2019 | 05:30 AM



BELANJAWAN negara akan datang bakal memberi tumpuan kepada keperluan pendidikan dan penjagaan kesihatan warga yang semakin meningkat di samping memperkukuh keupayaan Singapura menjaga keselamatan dan mempertahankan kepentingannya.



Menteri Kewangan Encik Heng Swee Keat, yang akan membentangkan Belanjawan pada 18 Februari, juga menggariskan satu lagi keutamaannya - membantu warga mengharungi perubahan penting yang sedang berlaku dalam ekonomi global dan merebut peluang- peluang yang terbuka, terutama menerusi penggunaan teknologi.



Berkata demikian ketika bertemu media di sebuah acara masyarakat di Tampines semalam, Encik Heng ditukil akhbar The Straits Times (ST) sebagai berkata bahawa pemerintah telah banyak memperkenalkan inisiatif dalam sektor pendidikan dan penjagaan kesihatan.



"Kami akan terus melakukannya memandangkan keperluan dalam sektor-sektor itu semakin berkembang. Pada masa yang sama, keperluan untuk memperkukuh keselamatan dan keupayaan untuk mempertahankan diri kita juga semakin meningkat.



"Belanjawan akan memberi tumpuan kepada tiga bidang ini - keselamatan, mengurus keperluan sosial terutama dalam bidang pendidikan dan penjagaan kesihatan dan tentu sekali melakukan transformasi ekonomi.



"Keperluan rakyat adalah berat, sama ada membangunkan projek prasarana besar seperti laluan MRT atau lapangan terbang, atau untuk flat HDB, atau menjaga keperluan warga emas, malahan menjaga keperluan setiap warga," ujarnya.



Dalam pada itu, Encik Heng juga menggariskan pentingnya memastikan ekonomi Singapura kekal bertenaga di tengah-tengah ketidaktentuan global dan perubahan pesat teknologi.



"Kita mesti mengambil peluang arus perubahan ini dan membolehkan warga Singapura pada semua peringkat usia untuk terus menikmati kemakmuran dalam tahun-tahun mendatang," ujarnya.



Sementara itu, Encik Heng berkata Singapura juga perlu peka dalam meneliti perkembangan dunia apabila diminta mengulas mengenai langkah menolak perjanjian Brexit oleh pemerintah Britain dan bagaimana ini boleh menjejas Singapura.



Minggu lalu, Anggota Parlimen (AP) Britain menolak perjanjian Perdana Menteri Cik Theresa May bagi Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) yang dijadualkan mengambil masa pada 29 Mac ini.



"Sokongan bagi globalisasi kini semakin lemah kerana terdapat sentimen bahawa globalisasi telah meninggalkan segolongan orang di belakang. Malangnya, akibatnya ialah perkembangan yang negatif, bukan hanya bagi negara itu sendiri malah bagi mereka yang menuntut sesebuah langkah itu diambil, kini menyesali tindakan mereka."



Encik Heng menambah: "Ini menunjukkan apabila kita melakukan dasar ekonomi, kita mesti memikirkan secara mendalam implikasi jangka panjang dan kita tidak boleh mengelak daripada melakukan perkara yang sukar."



Laporan lain: 'Warga perlu pilih siapa berkhidmat lebih baik'




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >