Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Swee Say: Pertumbuhan perlahan pasaran buruh mungkin berterusan

Jan 29, 2016 | 08:19 AM



PASARAN buruh sedang memasuki tempoh pertumbuhan perlahan, kata Menteri Tenaga Manusia Lim Swee Say, pada Khamis (28 Jan).


Ini mungkin berterusan dan pertumbuhan mungkin mencapai paras "sikit sahaja", katanya.


Komen beliau dibuat selepas perangkaan awal menunjukkan hanya tambahan 100 warga dan Penduduk Tetap (PR) Singapura mempunyai pekerjaan pada tahun lalu berbanding 2014. Ia pertumbuhan pekerjaan tempatan paling rendah sejak Krisis Kewangan Asia 1998.


Secara keseluruhan, jumlah pekerjaan bertambah hanya 31,800 tahun lepas, kadar paling perlahan dalam tempoh 12 tahun.


"Kita sedang memasuki tempoh tidak menentu," kata Encik Lim dalam satu taklimat media.


Beliau mengakui pertumbuhan pekerjaan perlahan boleh mencerut pertumbuhan ekonomi, tetapi menambah bahawa firma perlu belajar menghadapi ini.


Memetik sektor hotel sebagai contoh, Encik Lim berkata terdapat 20 hingga 25 peratus lebih banyak bilik hotel yang sedang dibina.


"Tetapi kita tidak boleh menyokong pertumbuhan itu dengan mengambil 20 hingga 25 peratus lebih ramai pekerja," katanya.


Syarikat tidak dapat mengelak daripada "mengikat pinggang sedikit" dan perlu mengurangkan pergantungan pada pekerja dengan meningkatkan produktiviti.


Encik Lim memberi contoh dengan menunjuk kepada tali pinggangnya sendiri dan berkata: "Jika saya terus mengetatkan tali pinggang saya... apakah tali pinggang saya akan mencerut saya? Ia bergantung sama ada saya menjadi langsing."


Pertumbuhan tenaga kerja asing akan dihadkan pada kira-kira 2 peratus manakala pertumbuhan tenaga kerja tempatan - dianggarkan kira-kira 1 peratus setahun hingga 2020 - akan datang dengan menarik dan mengekalkan lebih ramai pekerja tempatan dalam tenaga kerja, Encik Lim.


Beliau berkata keadaan hampir guna tenaga penuh dan pekerja akan terus mendapat manfaat daripada pasaran buruh ketat.


"Orang ramai yang mahu bekerja masih boleh mendapatkan pekerjaan," katanya. "Dan gaji sudah naik."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >