Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pilihan panel Editor

Syabas Zheng Wen! Syabas barisan atlit muda harumkan SG di Sukan SEA

Dec 15, 2019 | 05:30 AM



SYABAS Team Singapore!



Walaupun Singapura titik merah kecil di rantau Asia Tenggara, pasukan Singapura kecil-kecil cili padi semasa Sukan SEA.



Secara keseluruhannya, Singapura mempamerkan persembahan hebat di temasya yang diadakan di Filipina itu.



Dalam beberapa acara pula Singapura unggul dan sukar ditandingi terutama dalam acara renang yang memenangi 23 emas.



Renang juga kini memiliki wira baru - Quah Zheng Wen - yang muncul sebagai atlit lelaki negara dengan pungutan pingat terbanyak.



Juga membanggakan ialah atlit yang tampil buat julung-julung kalinya, malah muka baru menyumbang sepertiga keseluruhan pingat.



Antara mereka termasuk atlit lawan pedang Kiria Tikanah Abdul Rahman dan pesilat Muhammad Hazim Mohamed Yusli yang memenangi emas.



Mereka masih muda dan mempunyai masa depan cerah.



Bercakap tentang masa depan, terdapat beberapa pasukan bagaimanapun perlu bangkit daripada prestasi mengecewakan bagi menghadapi Sukan SEA di Vietnam nanti.



Ini termasuk pasukan polo air yang gagal mempertahankan emas yang dikuasainya sejak sukan itu diperkenalkan, dan atletik yang hanya pulang dengan tiga gangsa.



Namun lebih mengecewakan ialah pasukan bola sepak Singa Muda yang bukan sahaja gagal menepati matlamat tetapi sembilan pemainnya menghadapi isu disiplin dan melanggar peraturan.



Ini harus ditangani dengan serius kerana disiplin diri atlit antara kunci kejayaan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >