Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN PARA

Syahidah 'tenang' untuk menang emas di kejohanan memanah para Asia

Kejayaan lebih manis selepas kekecewaan yang dialami di Paralimpik Tokyo, Kejohanan Dunia
Apr 01, 2022 | 05:56 AM



CUACA yang panas terik menambah cabaran beliau untuk kekal tenang semasa bertanding.



Namun pemanah para negara, Nur Syahidah Alim, berjaya mengatasi cabaran itu dengan tuala dingin dan teknik pernafasan yang utuh untuk memenangi pingat emas acara kompaun di Pertandingan Memanah Para Asia di Phuket pada hujung minggu lalu.



Syahidah, 37 tahun, berkata rutin yang beliau lakukan sebelum dan semasa persaingan, termasuk teknik pernafasan, stretching dan peringatan supaya sentiasa tenang, banyak membantu beliau kekal fokus.



"Teknik pernafasan membantu saya kekal tenang, terutama semasa pertandingan, sejurus sebelum saya melepaskan anak panah," katanya.



"Jurulatih saya (Pang Qing Liang) selalu mengingatkan saya supaya menghela nafas dengan yakin dan menghembus semua keraguan keluar.



"Kami telah berlatih aspek ini semasa latihan dan bersama jurulatih, dan saintis sukan di Institut Sukan Singapura (SSI), kami telah membangun banyak strategi untuk membina keyakinan, kekuatan dan daya tahan mental saya.



"Saya amat gembira kerana berjaya membawa pulang pingat emas bagi Singapura dan mendengar Majulah Singapura berkumandang," tambahnya lagi semasa bercakap kepada The Straits Times.



Selain mengekalkan tumpuan dan pernafasan supaya kekal tenang, Syahidah juga terpaksa menghadapi cuaca terik di Phuket, Thailand.



Menurut Syahidah, cuaca di sana lebih panas berbanding Singapura dan beliau terpaksa minum air isotonik dan menggunakan tuala dingin untuk menyejukkan tubuhnya.



Laluan Syahidah ke final acara itu telah bermula dengan langkah kanan.



Beliau mendahului peserta lain di pusingan kelayakan dengan kiraan mata 677, sebelum menewaskan peserta Thailand, Katemongkon Rhomshalee, 143-126 di separuh akhir.



Di final, beliau sekali lagi beradu bakat dengan peserta pasukan tuan rumah, Homjanthuek Praphaporn.



Namun, Syahidah tidak goyah selepas mendahului lawannya itu dan akhirnya memenangi acara itu dengan kiraan mata 142-128.



Kemenangan itu adalah penebus kekecewaan bagi Syahidah, yang tersingikir dari Paralimpik tahun lalu dan di suku akhir Kejohanan Dunia pada bulan lalu.



Beliau telah tiba di Paralimpik Tokyo sebagai pemanah nombor dua di dunia dan menyertai kededua pertandingan sebagai juara dunia.



Pertandingan seterusnya yang akan disertainya adalah Piala Memanah Para Eropah pada 2-10 Julai, diikuti Sukan Para Asean (APG) pada 23-30 Julai, di mana beliau ingin mempertingkat mata 666 yang diraihnya di APG 2017.



Sehingga itu, beliau berkata akan terus berusaha memperkukuh kekuatan mentalnya dan memperhalusi proses yang lain.



"Kali ini, saya berharap dapat mempertingkat keyakinan mental saya. Saya rasa, dengan bantuan jurulatih dan SSI, pelan yang diaturkan akan meletakkan saya di landasan yang betul untuk beraksi dengan baik di pertandingan seperti APG," kata Syahidah.




SUKAN PARA "Kami telah berlatih aspek ini semasa latihan dan bersama jurulatih, dan saintis sukan di Institut Sukan Singapura (SSI), kami telah membangun banyak strategi untuk membina keyakinan, kekuatan dan daya tahan mental saya."
- Pemanah para negara, Nur Syahidah Alim, mengenai kunci kejayaannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >