Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarat lebih ketat, denda lebih berat bagi basikal bermotor

Nov 20, 2015 | 08:38 AM



PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) telah mengetatkan syarat teknikal dan menetapkan denda lebih berat bagi basikal bermotor, kerana bilangan kesalahan berkaitan kenderaan itu telah bertambah.


Berkuatkuasa serta-merta, denda bagi kesalahan pertama penunggang tidak bertanggungjawab, misalnya menggunakan basikal bermotor tidak memenuhi syarat, akan meningkat tiga kali ganda kepada $300.


Pesalah berulang menghadapi denda $500, meningkat daripada $200 sebelum ini, umum LTA pada Khamis (199 Nov).


Pesalah berulang juga boleh didakwa di mahkamah dan basikal mereka dirampas.


Peruncit didapati menjual basikal bermotor tidak mematuhi syarat atau mengubah suai basikal itu secara haram akan terus didakwa di mahkamah.


Denda lebih berat dikenakan sedang jumlah saman yang dikeluarkan bagi penggunaan atau penjualan haram basikal bermotor meningkat daripada hanya 11 pada 2008 kepada 1,280 dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini, menurut perangkaan LTA.


Sekurang-kurangnya 20 orang ditangkap minggu ini kerana menggunakan basikal bermotor haram.


LTA berkata ia juga sedang menimbangkan pindaan undang-undang "bagi meningkatkan lagi hukuman". Ia berkata langkah itu mencerminkan "kebimbangan keselamatan penting" mengenai basikal itu.


Mulai 1 Disember, basikal bermotor baru mesti memenuhi Piawaian EN15194 Eropah dan tidak berat lebih 20 kilogram.


Bagaimanapun, pengeluaran maksimum motor basikal itu dinaikkan kepada 250 watt, daripada 200 watt sekarang.


Had lajunya dikekalkan 25 kilometer sejam, dan hanya motor elektrik dibenarkan.


LTA berkata basikal yang memenuhi EN15194 - yang diterima pakai oleh 33 negara di Eropah serta Australia - lebih sukar diubah suai secara haram.


Mulai 1 Disember, peruncit basikal boleh mengemukakan permohonan bagi kelulusan jenis model yang memenuhi keperluan teknikal lebih ketat itu - sama seperti yang harus dilakukan pengimport kereta.


Permohonan boleh dibuat di pusat pemeriksaan kenderaan yang diluluskan LTA, dan basikal yang lulus akan dilekatkan dengan tanda warna oren lebih menonjol.


Basikal yang diluluskan di bawah syarat semasa dan dilekatkan dengan tanda biru masih dibenarkan digunakan di jalan awam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >