Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarat vaksinasi untuk kembali ke tempat kerja dikenakan atas pekerja, orang kerja sendiri: MOM

MOM
Dec 30, 2021 | 05:30 AM



LANGKAH-LANGKAH vaksinasi bagi tenaga kerja terkini, yang termasuk tidak membenarkan pekerja belum divaksinasi sepenuhnya kembali ke tempat kerja mulai 1 Januari melainkan mereka negatif bagi Covid-19 di bawah ujian yang diselia, dikenakan terhadap kedua-duanya - pekerja dan individu bekerja sendiri, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) semalam.



Dalam satu kemas kini di lamannya, MOM juga berkata mulai 15 Januari kelonggaran yang membolehkan pekerja belum divaksinasi sepenuhnya kembali ke tempat kerja jika ujian praacara (PET) mereka negatif akan dihentikan.



Tempoh tangguh hingga 31 Januari akan diberi bagi pekerja sudah divaksinasi sebahagiannya (orang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin tetapi belum divaksin sepenuhnya) untuk menyelesaikan vaksinasi penuh mereka.



Dalam lamannya, MOM berkata rakan tiga pihak - kementerian itu, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF) - telah mengemas kini langkah pengurusan selamat di tempat kerja untuk mengurangkan risiko penularan Covid-19 di tempat kerja.



Mulai Sabtu ini, lebih ramai orang boleh kembali ke tempat kerja, dengan hingga 50 peratus kakitangan bekerja dari rumah boleh berada di tempat kerja bila-bila masa. Mereka yang kembali ke tempat kerja digalak melakukan ujian pantas antigen (ART) sendiri setiap minggu.



Pekerja belum divaksinasi sepenuhnya tidak dibenarkan kembali ke tempat kerja kecuali mereka diuji negatif oleh ART yang dijalankan penyedia ujian Covid-19 yang diluluskan Kementerian Kesihatan (MOH) 24 jam sebelum masa kerja dijangka berakhir.



Namun mulai 15 Januari, pekerja belum divaksinasi tidak dibenarkan kembali ke tempat kerja meskipun diuji negatif. MOH berkata ini bertujuan memperkukuh perlindungan Singapura terhadap gelombang besar kes Omicron tempatan dan memastikan tempat kerja selamat.



Sekitar 52,000 pekerja di sini belum menerima vaksin Covid-19.



Pertimbangan khas akan diberi kepada individu yang disahkan tidak layak bagi vaksinasi Covid-19 atas sebab perubatan untuk membolehkan mereka kembali ke tempat kerja, namun majikan harus menimbangkan beberapa langkah.



Ini termasuk membenarkan kakitangan itu bekerja dari rumah jika beliau boleh berbuat demikian atau mengerahkan semula beliau untuk menjalankan tugas yang boleh dibuat dari rumah jika ada.



MOM berkata majikan harus memastikan pekerja kembali ke tempat kerja, termasuk kontraktor dan vendor, mematuhi beberapa langkah, termasuk memakai pelitup dan perhimpunan sosial tidak diadakan.



Waktu kerja berlainan masa harus disusun dan waktu kerja fleksibel harus dibenarkan agar tidak terlalu ramai kakitangan berada di tempat kerja pada satu-satu masa dan mengurangkan kemungkinan mereka berkumpul di tempat awam, seperti pintu, lobi, dan kantin.



Kakitangan juga tidak boleh dikerah ke lebih satu tapak kerja. Jika ini tidak dapat dielakkan, perlindungan tambahan mesti diambil untuk mengurangkan risiko jangkitan.



Acara berkaitan kerja boleh diadakan tetapi tertakluk pada beberapa syarat, termasuk tidak boleh dihadiri lebih 50 orang, jarak selamat sekurang-kurangnya satu meter antara hadirin, dan jamuan tidak harus menjadi ciri utama acara.



Acara yang diadakan di premis pihak ketiga juga perlu mematuhi dasar pengurusan selamat tambahan pemilik premis itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >