Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarikat binaan dituduh tempatkan 60 pekerja asing di dormitori penuh tikus

Mar 15, 2017 | 12:06 PM



SEBUAH syarikat binaan, Kay Lim Construction & Trading, didakwa di Mahkamah Negara pada Selasa (14 Mac) kerana menempatkan 60 pekerja asing di penginapan "tidak boleh diterima" dengan "keadaan hidup tidak bersih", kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ia juga tidak mengemas kini kepada kementerian itu, melalui sistem dalam talian, alamat perumahan pekerja asing.

Secara keseluruhan, syarikat itu menghadapi sejumlah 80 tuduhan.

Hasil siasatan mendapati ia menempatkan pekerja - daripada syarikat itu dan sembilan syarikat lain - di kuates pekerja "penuh dengan tikus" di sebuah tapak binaan di Commonwealth Avenue/Ghim Moh Link.

Antara Mac 2014 dan September 2015, syarikat itu juga gagal mengemas kini, dalam sistem dalam talian, alamat penginapan 20 pekerja asing lain yang tinggal di asrama sementara di sebuah tapak binaan di Ang Mo Kio Street 44.

"Sejak itu MOM telah mengarahkan syarikat tertuduh meningkatkan kebersihan dan keadaan hidup di kuates sementara di semua tapak binaannya. Syarikat tertuduh telah mematuhi perintah itu," kata MOM.

Kes itu ditangguhkan ke 18 April.

Di bawah Peraturan Pengambilan Tenaga Kerja Asing (Pas Kerja), majikan dikehendaki menyediakan pekerja asing mereka tempat tinggal sesuai yang mematuhi pelbagai keperluan berkanun, dan mengemas kini alamat terbaru pekerja asing mereka di Perkhidmatan Alamat Pekerja Asing Dalam Talian dalam tempoh lima hari selepas perubahan dalam alamat kediaman mereka.

Majikan yang sabit melanggar sembarang syarat pas kerja di bawah Akta Pengajian Tenaga Kerja Asing boleh dikenakan denda hingga $10,000 dan/atau penjara hingga setahun bagi setiap kesalahan.

Pekerja asing yang mempunyai isu berkaitan keadaan perumahan mereka perlu memaklumkan kepada majikan mereka. Jika majikan tidak membuat peningkatan terhadap keadaan hidup mereka, pekerja boleh mendapatkan bantuan daripada Pusat Pekerja Asing di 6536-2692 atau melaporkan perkara itu kepada MOM di 6438-5122.

Orang ramai juga boleh memaklumkan pihak berkuasa mengenai sesiapa yang melanggar akta itu, atau merujuk pekerja asing dalam kesusahan kepada MOM, dengan menelefon 6438-5122 atau e-mel mom_fmmd@mom.gov.sg.

Semua maklumat akan dirahsiakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >