Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarikat didenda $6,000 kerana import buah, sayur, makanan diproses secara haram

Feb 17, 2021 | 10:39 PM



SEBUAH syarikat, Chai Yuen Di Vegetable, didenda $6,000 di mahkamah pada Rabu (17 Februari) kerana mengimport buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta makanan yang diproses secara haram untuk dijual di Singapura.


Awal bulan ini, pegawai Agensi Makanan Singapura (SFA) menemui 187.5 kilogram buah dan sayur segar yang tidak diisytiharkan serta 584 kilogram makanan yang diproses yang tidak diisytiharkan dalam bekas yang diimport oleh syarikat itu dari Malaysia.


Dalam satu kenyataan pada Rabu, SFA menekankan bahawa semua makanan yang diimport mesti disertakan dengan dokumentasi yang sesuai.


"Makanan hanya boleh diimport oleh pengimport berlesen, dan setiap pengiriman harus diisytiharkan dan disertakan dengan permit import yang sah," kata agensi itu.



"Produk makanan yang diimport secara haram adalah dari sumber yang tidak diketahui dan boleh menimbulkan risiko keselamatan makanan."


Mereka yang didapati bersalah mengimport buah dan sayur segar secara haram boleh didenda hingga $10,000 dan/atau dipenjara hingga tiga tahun.


Mereka yang mengimport makanan yang diproses secara haram boleh didenda hingga $1,000, dan hingga $2,000 untuk pesalah berulang.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >