Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarikat digesa pastikan tempat kerja lebih selamat

May 09, 2022 | 05:30 AM



BILANGAN kematian di tempat kerja yang mencapai 10 kejadian bulan lalu, merupakan satu kebimbangan.



Oleh itu, syarikat-syarikat digalak melaksanakan tempoh tenang keselamatan atau safety time-out (STO) bagi menyemak pengurusan Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH) dan belajar dari kejadian lampau dari hari ini.



STO boleh dilaksanakan firma dalam tempoh dua minggu. Ia biasanya melibatkan mengambil tempoh bertenang bagi pengurusan kanan berinteraksi dengan pekerja dan kesatuan sekerja dalam mengukuhkan proses WSH, dan bertindak atas sebarang isu yang dibangkitkan.



STO ini juga menggalak pengurusan kanan untuk memastikan bahawa pengajaran dari kemalangan lampau dikongsi dengan semua pekerja.



Itulah antara gesaan bersama Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Majlis WSH, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan rakan industri dalam kenyataan semalam.



Dari 1 Januari hingga 6 Mei, jumlah kejadian yang membawa maut mencapai 20.



Ia adalah lebih tinggi dari tempoh serupa sejak 2016.



Banyak kes kematian di tempat kerja boleh dihindarkan dengan langkah keselamatan dan kesihatan.



Dari 20 kes kematian tahun ini, apa yang membimbangkan ialah tujuh dari kes itu adalah serupa kes yang berlaku pada 2021: tiga kes melibatkan jentera forklift, dua terjatuh dari tangga, dan dua terjatuh dari permukaan yang rapuh.



Siasatan awal menunjukkan kebanyakan kes itu boleh dielakkan dengan langkah keselamatan dan kesihatan asas seperti memakai tali keledar dalam jentera forklift dan pakaian keselamatan perlindungan tidak mencukupi atau tidak dipakai langsung.



Mengulas, Penolong Setiausaha Agung NTUC Encik Melvin Yong berkata: "Saya amat prihatin dengan kemalangan yang berlaku di tempat kerja yang meragut nyawa...Ia merupakan trend yang membimbangkan kerana siasatan awal dijalankan MOM menunjukkan kejadian ini berlaku kerana kurangnya langkah kawalan dan prosedur kerja yang selamat.''



Beliau menambah STO memastikan sekitaran kerja yang selamat bagi semua pekerja.



NTUC juga menggalak syarikat yang diwakili kesatuan sekerja untuk bekerjasama dengan kesatuan berkaitan untuk melaksanakan STO pada tarikh sesuai dari hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >