Syarikat farmaseutikal GSK buat pelaburan $130 juta
Jul 06, 2019 | 05:30 AM
SYARIKAT farmaseutikal GSK semalam membuka rasmi kemudahan pengilangan baru di Singapura, menyusuli pelaburan sebanyak $130 juta.
Kemudahan baru di tapak GSK di Jurong itu termasuk dua kemudahan 'pengilangan berterusan' dan sebuah bangunan yang diperluaskan.