Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarikat F&B Melayu/Islam rancak kembang niaga ke luar negara

Terdapat firma F&B yang menyejagat sejauh New York
Jul 13, 2022 | 05:30 AM



Syarikat-syarikat tempatan, termasuk syarikat Melayu/Islam, sedang giat meluaskan perniagaan ke luar negara dalam usaha penyejagatan dan meluaskan pasaran mereka. Mereka meliputi perniagaan pelbagai sektor. Ikuti kisah mereka.




SEDANG Singapura kini mula hidup dengan Covid-19, perusahaan makanan dan minuman (F&B) Melayu/Islam juga kini rancak berkembang ke luar negara.



Ini lebih-lebih lagi dengan banyak sekatan Covid-19 yang telah dilonggarkan dan sempadan dibuka semula.



Sementara sesetengah mereka, seperti syarikat pengeluar pes tempatan, Wahyu Brand, dan pengeluar makanan sejuk beku halal, Pondok Abang, menembusi pasaran di negara jiran seperti Vietnam, sesetengah mereka, seperti restoran Padi@Bussorah, yang terkenal dengan sajian nasi ambengnya, serta rangkaian gerai burger Ashes Burnnit, pula menebar sayap hingga sejauh Amerika Syarikat.



Malah, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) juga sudah mula mengadakan perbincangan di tahap berbeza dengan pelbagai kedutaan untuk membolehkan anggotanya meraih lebih banyak maklumat tentang suasana perniagaan di luar negara selepas pandemik ini.



Naib Presiden DPPMS, Encik Azhar Othman, berkata DPPMS juga baru-baru ini menganjurkan dua sesi perbincangan dengan pihak berkepentingan dari Uzbekistan dan Malaysia.



Malah, mereka juga telah menganjurkan misi perniagaan pertamanya sejak Covid-19 mula menular ke Amiriah Arab Bersatu (UAE), dengan diterajui majlis perniagaan UAE dan Singapura dengan kerjasama Dewan Perniagaan dan Perusahaan India Singapura (SICCI) serta DPPMS.



"Perbincangan sedemikian menawarkan maklumat yang penting dan berharga buat anggota kami, serta memupuk lebih keyakinan dan jaminan sedang mereka memulakan semula kegiatan mengembangkan perniagaan mereka.



"Selain itu, DPPMS juga sedang mempertimbang untuk melancarkan semula inisiatif penyejagatannya yang ditangguh akibat pandemik sepenuhnya dalam bentuk misi perniagaan secara fizikal dalam enam hingga sembilan bulan akan datang," ujar Encik Azhar, yang juga bertanggungjawab menerajui usaha penyejagatan DPPMS.



Menurut pemilik restoran Padi@Bussorah, Encik Hashim Ali, mereka kini sedang membuat persiapan untuk membuka gerai mereka, Padi@NYC, di sebuah ruang penjaja bernama Urban Hawker dekat Times Square di New York, Amerika Syarikat, menjelang September.



Ini selepas pengasas Makansutra, Encik KF Seetoh, menjamu selera di restoran yang terletak di kawasan Kampong Glam itu sekitar lewat tahun lalu dan mengundang mereka menebar sayap ke New York.



Ruang yang diusahakan Makansutra dan syarikat Amerika, Urbanspace, itu akan menempatkan 18 gerai, termasuk 11 gerai oleh perusahaan F&B dari Singapura, dengan tiga daripadanya dikendali anak Melayu/Islam.



Selain Padi@NYC, dua lagi gerai kendalian anak Melayu/Islam itu termasuk Mamak's Corner dan Ashes Burnnit NYC.



Mamak's Corner akan turut dikendali oleh restoran Padi, manakala Ashes Burnnit NYC merupakan cawangan antarabangsa pertama rangkaian gerai burger Ashes Burnnit, yang mempunyai empat cawangan di Singapura termasuk di pusat makanan Golden Mile dan pusat makanan Alexandra Village.



Menurut Encik Hashim, beliau bersyukur mendapat peluang keemasan ini untuk mengembangkan restoran Padi hingga ke Amerika.



Malah, beliau juga teruja mendapat tawaran daripada Urbanspace untuk membuka sebuah lagi cawangan di Los Angeles, dengan cawangan tersebut dijangka dibuka pada bulan Mac atau April tahun depan.



Encik Hashim menganggarkan perbelanjaan sekitar AS$150,000 ($211,127) bagi sebuah gerai sebagai permulaan.



Tambahnya, mereka juga telah memohon bagi geran Bantuan Persediaan Pasaran (MRA) Enterprise Singapore, yang bertujuan menyokong firma ke pasaran luar negara.



Namun, memandangkan proses kelulusan akan mengambil masa, mereka menggunakan modal mereka dahulu.



Sebelum memutuskan berkembang ke Amerika, Encik Hashim berkata mereka juga mempunyai beberapa pertimbangan termasuk tenaga kerja dan kewangan.



"Di Amerika pun ada isu kekurangan pekerja seperti di Singapura, tapi kami berjaya mendapatkan beberapa pekerja tempatan yang akan bermula sebagai pekerja sambilan.



"Mereka akan disertai pekerja kami sendiri yang akan dihantar ke sana dari Singapura.



"Dari segi kewangan pula, harga sewa di New York dan gaji pekerja lebih tinggi berbanding di Singapura, jadi kami perlu membuat penyesuaian kepada harga makanan yang kami jual supaya seimbang dengan kos pekerja, sewa dan sebagainya," ujarnya yang menganggarkan sewa gerai mencecah AS$10,000, manakala bayaran penyenggaraan adalah sekitar AS$3,500 sebulan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >