Syarikat gigih perkenal barangan, promosi khas sempena Ramadan, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

MENYAMBUT RAMADAN

Syarikat gigih perkenal barangan, promosi khas sempena Ramadan

Kebanyakan mula buat persiapan jauh lebih awal agar dapat tonjol kelainan, pastikan ada permintaan
May 06, 2019 | 05:30 AM

PELBAGAI syarikat setempat - daripada syarikat makanan sehingga pakaian, sudahpun mula gigih memperkenalkan barangan dan promosi khas sempena Ramadan ini.

Kebanyakan antara mereka telahpun mula membuat persiapan jauh lebih awal agar dapat memperkenalkan kelainan serta memastikan adanya permintaan bagi barangan tersebut.

Misalnya, jenama pakaian wanita tempatan Alia Anggun, mula mereka pakaian Hari Raya seawal setahun lalu agar dapat mengumpul idea, selain meraih inspirasi baru bagi koleksi tahun ini.

"Tahun ini, kami memilih tema kampung sebagai inspirasi di sebalik rekaan kami.

"Ini termasuk rekaan tradisional seperti baju kurung Pahang, baju kebaya, baju kebaya lama dan juga kebarong.

Discover Malay Home Based Businesses

"Kesemua rekaan ini merupakan rekaan malar segar yang masih digemari sehingga hari ini.

"Mentelah lagi, saya mahu memastikan kita tidak kehilangan warisan dan ingin menunjukkan bahawa warga muda juga boleh memberi sentuhan moden kepada gaya tradisional," ujar pemilik Alia Anggun, Cik Raziah Abdul Hamid, 37 tahun.

Tahun ini, sehingga 25 rekaan telah dihasilkannya dengan pelbagai jenis kain ditampilkan termasuk sutera berkilat, hiasan manik dan juga kain jenis jacquard.

Yang menariknya, ada juga rekaan yang ditampilkannya tidak hanya sesuai digayakan semasa musim perayaan malah selepas Raya nanti.

"Saya telah menjalankan kumpulan fokus dan mendapati beberapa wanita mahukan pakaian yang boleh digunakan selepas Raya, agar tidak membazir.

"Misalnya, mereka mahu pakaian yang boleh mereka gunakan untuk ke tempat kerja," katanya lagi.

Tahun ini juga, menurut Cik Raziah, yang turut mempunyai kedai di Tampines Mall, syarikatnya telahpun menyewa gerai di bazar Geylang Serai berdekatan dengan Wisma Geylang Serai (WGS).

Berbanding tahun lalu dengan harga sewa bagi setiap gerai sekitar $10,000, tahun ini harganya lebih berpatutan dengan sekadar kos sewa sebanyak $3,000 sahaja bagi setiap gerai yang berukuran sekitar 3 meter kali 3 meter.

Yang demikian, beliau juga telah menurunkan harga pakaian Hari Raya yang dijualnya antara $79 dengan $119.

Turut menyambut baik, harga sewa gerai di bazar Geylang Serai yang lebih berpatutan itu ialah pemilik makanan churos, Chulop! - By the Syarifs, penyanyi dan pelakon Syarif, atau nama sebenarnya Ahmad Syarifullah, 29 tahun.

Beliau yang menguruskan syarikat itu bersama isterinya, juga selebriti, Malaque Mahdaly, 29 tahun, bakal memperkenalkan produk makanan terbaru di bazar tersebut selain churos.

Dipanggil 'Puff Bombs', pastri ini merupakan krim paf yang mempunyai inti unik seperti nutella, salted caramel dan durian.

"Kami telahpun menjual pastri ini di kedai kami di East Village dan setiap kali kami menjualnya, ia sentiasa cepat habis.

"Justeru, dengan harga sewa gerai yang lebih berpatutan tahun ini, kami mahu menjual pastri ini agar dikenali lebih ramai orang terutama mereka yang tidak berkesempatan ke kedai kami," ujar Syarif yang berkata 'Puff Bombs' itu dijual pada harga $10 bagi dua paf.

Menurutnya, beliau tidak menyewa gerai di Geylang Serai tahun lalu kerana harga minimum bagi setiap gerai ialah sekitar $12,000.

Namun tahun ini, bagi gerai 2 meter kali 3 meter yang disewanya daripada EnNiche Events, harganya sekitar $7,000.

Tambahan lagi, katanya dekorasi dan konsep bazar Geylang Serai tahun ini sungguh menarik dan pastinya memikat lebih ramai pengunjung.

Gerainya yang terletak bersebelahan pusat beli-belah Tanjong Katong Complex, akan diubah bak kontena dengan pelbagai tempat duduk santai dengan hiasan lampu lap-lip.

"Bagi golongan milienial hari ini, mereka bukan sahaja datang ke sesuatu tempat untuk membeli makanan sahaja bahkan mereka juga mahu mengalami suasana berbeza dan pentingnya 'Instagram worthy' atau yang menarik di ketengahkan di media sosial, Instagram.

"Saya pasti dengan usaha ini, ia akan memberi nafas baru kepada bazar Geylang Serai," katanya positif.

Sementara itu, pemilik bersama syarikat jenama makanan Thailand, Tuk Tuk Cha, Encik Muzammil Peer, 39 tahun, turut melahirkan rasa tidak sabar mengambil bahagian dalam bazar tahun ini, yang menurutnya ini kali pertama bagi syarikatnya.

Beliau bakal beroperasi di Bazar Ramadan Sultan di Kampong Gelam.

"Mengambil bahagian dalam bazar ini pastinya akan memberi pendedahan yang meluas bagi jenama kami bukan sahaja dalam kalangan pengunjung tempatan yang bersiar-siar di sekitar kawasan Arab Street, malah pelancong antarabangsa.

"Semestinya ia akan dapat memberi kami rangsangan bagi pelan peluasan pada masa depan," kongsinya.

Tuk Tuk Cha akan menjual air minuman dan pencuci mulut signature mereka di gerai tersebut.

Ini termasuk minuman teh susu Thai dan juga Shibuya Toast.


APA KATA MEREKA...

"Tahun ini, kami memilih tema kampung sebagai inspirasi di sebalik rekaan kami.
Ini termasuk rekaan tradisional seperti baju kurung Pahang, baju kebaya, baju kebaya lama dan juga kebarong.
Kesemua rekaan ini merupakan rekaan malar segar yang masih digemari sehingga hari ini.
Mentelah lagi, saya mahu memastikan kita tidak kehilangan warisan dan ingin menunjukkan bahawa warga muda juga boleh memberi sentuhan moden kepada gaya tradisional."
- Cik Raziah Abdul Hamid, pemilik Alia Anggun.

"Mengambil bahagian dalam bazar ini pastinya akan memberi pendedahan yang meluas bagi jenama kami bukan sahaja dalam kalangan pengunjung tempatan yang bersiar-siar di sekitar kawasan Arab Street, malah pelancong antarabangsa.
Semestinya ia akan dapat memberi kami rangsangan bagi pelan peluasan pada masa depan."
- Encik Muzammil Peer, pemilik bersama syarikat jenama makanan Thailand, Tuk Tuk Cha.

"Kami telahpun menjual pastri ini di kedai kami di East Village dan setiap kali kami menjualnya, ia sentiasa cepat habis.
Justeru, dengan harga sewa gerai yang lebih berpatutan tahun ini, kami mahu menjual pastri ini agar dikenali lebih ramai orang terutama mereka yang tidak berkesempatan ke kedai kami."
- Syarif, atau Ahmad Syarifullah, pemilik Chulop! - By the Syarifs.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map