Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarikat insurans berjanji tidak gunakan maklumat HIV yang bocor

Feb 02, 2019 | 05:30 AM



SYARIKAT insurans di Singapura telah berjanji tidak akan menggunakan sebarang maklumat HIV yang bocor "untuk sebarang tujuan".



Persatuan Insurans Hayat (LIA) mengeluarkan kenyataan semalam yang memberi jaminan kepada pemegang polisi bahawa syarikat insurans tidak akan mencari sebarang data yang bocor itu.



Ini bermakna individu dalam pendaftaran HIV tidak perlu berasa takut bahawa perlindungan insurans hayat atau kesihatan mereka akan terjejas dalam apa jua cara.



"Sekiranya maklumat berkaitan kejadian ini dengan senjaga dihantarkan kepada syarikat insurans hayat, syarikat insurans hayat itu tidak akan menggunakan data tersebut dan akan memaklumkan pihak berkuasa yang relevan dengan segera," tambahnya.



Nama dan butir kontak 14,200 orang, kededua warga setempat dan asing, dicuri daripada Kementerian Kesihatan (MOH) antara Mac 2012 dengan Mei 2016.



Maklumat itu didedahkan kepada orang awam bulan lalu dan kemudian disekat.



Sekitar 3,500 rakyat Singapura dan penduduk tetap yang ada dalam pendaftaran HIV itu sehingga 2013 masih lagi hidup.



Doktor warga Singapura yang mengambil maklumat tersebut daripada kementerian, Ler Teck Siang, telah didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).



Dia juga berdepan dengan tuduhan jenayah kerana memalsukan ujian darah kekasihnya, dan juga bagi kesalahan mengedar dadah.



Maklumat rahsia itu didedahkan di Internet oleh kekasihnya, warga Amerika, Mikhy Farrera Brochez, yang diusir dari Singapura tahun lalu selepas menjalani hukuman penjara lebih dua tahun kerana memalsukan ujian darahnya.



Brochez mempunyai HIV tetapi dia memerlukan rekod bersih untuk mendapatkan pas pekerjaan.



Ler menggunakan darahnya bagi ujian Brochez.



LIA mengulangi bahawa tiada sesiapa yang akan menghadapi diskriminasi akibat kes pembocoran itu.



"Matlamat kami adalah untuk memastikan semua pemegang polisi kami dilayan secara adil.



"Pemegang polisi harus rasa terjamin bahawa syarikat insurans hayat tidak akan menolak tuntutan atau membatalkan polisi secara tidak munasabah," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >