Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:08
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Setempat

Syarikat katering didenda $5000 dek amalan kotor

Oct 17, 2019 | 04:30 PM

SYARIKAT Katering AG (Global) Events dikenakan denda $5,000 pada Rabu (16 Oktober) selepas Agensi Makanan Singapura (SFA) mendapati beberapa masalah di premisnya, termasuk serangan lipas dan lalat, semasa ia membuat pemeriksaan rutin pada Jun.

Lesen syarikat itu digantung selama 27 hari dari 20 Jun hingga 16 Julai, dengan penggantungan itu ditarik balik selepas SFA memastikan bahawa syarikat itu telah memperbetulkan kesilapannya dan mengambil langkah  memperbaiki kebersihan premisnya.

Dalam satu kenyataannya, SFA turut mendedahkan lima lagi kesalahan yang dilakukan AG (Global) Events Catering berkaitan penyimpanan makanan yang tidak betul dan penyelenggaraan premis yang kurang baik.

Semasa pemeriksaan SFA pada 19 Jun lalu, SFA mendapati bahawa syarikat itu telah meninggalkan daging beku untuk cair dengan cara yang tidak bersih, menyimpan bahan mentah tanpa ditutup di lantai, dan membenarkan makanan yang telah dimasak dicemari oleh air yang menitis daripada siling kotor premis tersebut.

Terdapat juga keretakan di lantai dan jubin dinding syarikat itu, selain kebocoran air dari sistem penyejuknya.

Pihak berkuasa berkata bahawa ia akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pengendali makanan yang tidak mematuhi peraturan atau mematuhi standard kebersihan dan keselamatan makanan.
 

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian