Syarikat logistik didakwa buat laporan palsu berhubung pas pekerjaan pekerja asing, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:57
Isyak
8:12
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Syarikat logistik didakwa buat laporan palsu berhubung pas pekerjaan pekerja asing

Jan 14, 2020 | 03:15 PM

Ti2 Logistics telah didakwa di mahkamah kerana mengisytiharkan secara palsu melalui permohonan pas pekerjaan bahawa ia mempertimbangkan calon pekerja tempatan sebelum mengambil pekerja asing.

Pada Selasa (14 Jan), syarikat logistik itu didakwa membuat perisytiharaan palsu bagi jawatan pengurus perkembangan perniagaan.

Dokumen mahkamah menunjukkan bahawa pengisytiharan palsu itu dibuat apabila Ti2 Logistics menghantarkan pemohonan pas pekerjaan untuk Zhou Jianxin pada 26 Julai tahun lalu di Divisyen Pas Pekerjaan di Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Syarikat itu berkata ia telah menemu ramah dua warga Singapura dan mempertimbangkan calon tempatan secara adil untuk jawatan itu, walaupun mereka tahu apa yang diisytiharkan itu salah.

Mereka yang didapati bersalah di bawah Akta Tenaga Manusia boleh dipenjara selama dua tahun, disaman $20,000 atau kededuanya sekali. 
 

Halal Home Based Business
OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map