Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarikat manfaat geran bagi kemudahan kakitangan kurang upaya

May 02, 2021 | 05:30 AM



BUKAN sebarang singki yang disediakan.



Demi memudahkan kakitangan kurang upaya seperti Encik Sazali Ismail menjalankan tugas mereka, Samsui Kitchen menyediakan singki khas yang sesuai dan selesa digunakan pekerjanya.



Singki itu beroperasi menggunakan pedal yang boleh ditekan menggunakan kaki atau kerusi roda untuk mengeluarkan air bagi kakitangannya membasuh tangan mereka.



Ia juga dipasang pada ketinggian yang lebih rendah bagi pengguna kerusi roda seperti Encik Sazali.



"Saya amat gembira syarikat saya memasang singki ini kerana ia amat mudah untuk digunakan dan selamat. Saya juga gembira syarikat ini bersedia membuat modifikasi bagi memenuhi keperluan saya," kata beliau.



Encik Sazali, 60 tahun, bertugas sebagai pekerja yang membungkus makanan dalam set bento, dan juga memotong sayur serta membungkus buah-buahan atau jus buah bagi klien penjagaan kanak-kanak di Samsui Kitchen.



Oleh itu, mempunyai singki khas itu adalah amat penting supaya beliau dan pekerja kurang upaya yang lain dapat menjaga dan mengekalkan tahap kebersihan peribadi yang tinggi.



Encik Sazali terpaksa melalui pembedahan untuk memotong kakinya ekoran mengalami kecederaan.



Pada Mei 2015, beliau cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak daripada jatuh ke dalam longkang dalam satu kejadian, namun malangnya, beliau tergelincir dan kakinya cedera.



Setelah beberapa masa, kakinya mengalami jangkitan yang menyebabkan kerumitan, dan beliau perlu menjalani pembedahan untuk memotong kakinya.



Encik Sazali berkata beliau dirujuk kepada Samsui Kitchen oleh SG Enable dan memilih untuk bekerja di situ pada 2018 kerana tempat kerja tersebut mesra kerusi roda.



Samsui Kitchen telah memanfaatkan Geran Rekaan Semula Pekerjaan di bawah program Sokongan Pekerjaan bagi Individu Kurang Upaya yang ditadbirkan SG Enable dengan sokongan Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) sebagai Program Pintu Terbuka.



Di bawah program itu, individu kurang upaya dan majikan boleh meraih manfaat daripada khidmat pengrekrutan dan sokongan pekerjaan, geran latihan dan geran rekaan semula pekerjaan.



Pengarah Samsui Supplies & Services, Encik Ang Kian Peng, berkata syarikatnya menerima 90 peratus geran rekaan semula pekerjaan bagi memasang singki khas itu.



Samsui Kitchen kini menggajikan 15 kakitangan kurang upaya.



"Kami memutuskan untuk memanfaatkannya (geran itu) untuk mempertingkat ruang kerja bagi persekitaran pekerjaan yang lebih sesuai bagi individu kurang upaya dan individu berkeperluan khas.



"Dengan cara ini, kami dapat memudahkan latihan yang mempertingkat keupayaan mereka dan membawa kepada pertumbuhan dan perkembangan kakitangan yang lebih baik, yang menjadikan pekerjaan mereka mampan dalam jangka panjang," kata beliau.




" Kami memutuskan untuk memanfaatkannya (geran itu) untuk mempertingkat ruang kerja bagi persekitaran pekerjaan yang lebih sesuai bagi individu kurang upaya dan individu berkeperluan khas.
- Pengarah Samsui Supplies & Services, Encik Ang Kian Peng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >