Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarikat Melayu/Islam perlu perkukuh daya tahan, rebut peluang di luar negara: Zaqy

Mar 23, 2022 | 08:30 PM



SYARIKAT Melayu/Islam perlu memperkukuh daya ketahanan mereka di tengah-tengah peralihan global dan ketegangan serta konflik yang berlaku, dan berusaha merebut peluang mengembangkan perniagaan di rantau ini, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.



Berkongsi dalam satu sesi dialog pasca-Belanjawan anjuran bersama Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) dan Berita Harian (BH) pada Rabu (23 Mac), Encik Zaqy berkata syarikat yang mahu terus makmur dan maju harus melihat pada peluang mengembangkan sayap di luar negara, terutamanya di rantau ini.



“Kini masanya untuk melihat peluang yang ada dan mengembangkan perniagaan di rantau ini sebelum rantau ini mula menjadi matang dan anda ketinggalan (locked out).



“Anda perlu merebut peluang di rantau ini, dan pemerintah menyediakan pelbagai sokongan bagi perniagaan mendapatkan pinjaman, geran dan sebagainya,” kata beliau.



Encik Zaqy memberi contoh Indonesia, di mana negaranya sedang berkembang maju dalam ekonomi digital dan syarikat boleh mempertimbangkan untuk menembusi pasaran di sana.



Sesi dialog itu telah diadakan di Red Velvet Ballroom @ The Landmark dan dihadiri 35 peserta terdiri daripada anggota DPPMS dan pemilik perniagaan.



Semasa sesi itu, Encik Zaqy turut menjawab soalan, antara lain, tentang isu tenaga kerja, dan rantaian bekalan dan harga barangan yang meningkat.



Berhubung tenaga kerja, beliau berkata Singapura tidak boleh terlalu bergantung pada pekerja asing, dengan syarikat di sini perlu meneliti keadaan kerja dan menyusun semula perniagaan supaya ia dapat menarik pekerja tempatan menyertai mereka.



Mengenai rantaian bekalan dan kos yang semakin meningkat pula, Encik Zaqy berkata syarikat perlu mengharungi keadaan semasa dan berharap negara-negara akan melonggarkan lagi sekatan Covid-19 supaya ia dapat membantu dari segi kos logistik dan rantaian bekalan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >