Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarikat pelayaran, Jamiyah meterai MOU cuti bagi penerima bantuan

Mar 18, 2021 | 05:30 AM



SEBAGAI sebahagian inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya, syarikat pelayaran pesiaran Dream Cruises menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Jamiyah Singapura semalam.



Di bawah kerjasama itu, 10 keluarga penerima bantuan Jamiyah dan dua sukarelawan badan itu berpeluang menikmati percutian pelayaran pesiaran di atas kapal World Dream syarikat tersebut.



Di upacara memeterai MOU itu di atas kapal World Dream di Pusat Pelayran Pesiaran Marina Bay, Presiden Dream Cruises, Encik Michael Goh, memberitahu Berita Harian syarikat itu memilih bekerjasama dengan Jamiyah kerana aktiviti kebajikan yang dijalankannya.



"Kami juga mahu memberi peluang kepada golongan kurang berkemampuan menikmati pengalaman di atas kapal pelayaran," katanya.



MOU itu dimeterai sempena pelancaran dua pelayaran cuti inap 'Super Seacation' Dream Cruises yang bertemakan Hari Raya.



Pelayaran cuti inap itu akan diadakan pada 16 dan 23 Mei, dengan pelbagai kegiatan menarik bagi penumpang di atas kapal World Dream.



Juadah Hari Raya juga akan disajikan kepada penumpang, dengan cef selebriti dijemput untuk berkongsi resipi mereka, selain demonstrasi memasak.



Tetamu Muslim juga berpeluang melalui pengalaman berpuasa di atas kapal itu pada Ramadan, dari 13 April hingga 12 Mei.



Mereka akan disajikan makanan untuk sahur di restoran The Lido.



Selain itu, mereka boleh solat tarawih di atas kapal berjemaah dan mengikuti ceramah agama oleh imam-imam yang diundang.



World Dream merupakan kapal pertama di rantau Asia Pasifik yang menerima pensijilan piawaian halal Institut Piawaian dan Metrologi bagi Negara Islam (SMIIC), yang diberikan oleh Pembangunan Halal Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWHD).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >