Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarikat pemula SG lancar motosikal berkuasa bateri, ION Mobius

Dec 02, 2021 | 08:35 PM



ION Mobility, syarikat pemula motosikal elektrik bijak dan huraian penyimpanan tenaga yang berpangkalan di Singapura, pada Khamis (2 Nov) memperkenalkan kenderaan dua roda EV (berkuasa bateri) pertamanya, dinamakan ION Mobius.

Sebagai permulaan, terdapat rancangan membawa operasi penghasilan dan penjualan motosikal berkuasa bateri itu di Indonesia pada tahun depan.

Motosikal dengan reka bentuk terkini dan kejuruteraan canggih itu adalah hasil usaha selama 18 bulan, daripada pasukan pereka, jurutera dan teknologi berdedikasi di tiga negara untuk menyediakan penyelesaian bandar mampan, walaupun dalam cabaran wabak Covid-19 sekarang.





Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng, merupakan tetamu kehormat pada acara itu di JTC LaunchPad @ One-North pada Khamis (2 Dis).

Pelancaran itu diikuti dengan demonstrasi secara langsung dan lawatan ke tempat pemasangan kenderaan dan pek bateri.

Dalam satu kenyataan, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ION Mobility, Encik James Chan, berkata:

“Ia merupakan visi pasukan kami untuk menghasilkan alternatif elektrik yang berdaya maju kepada motosikal berkuasa petrol yang ada di mana-mana.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah melihat peralihan yang dipercepat ke arah amalan mampan dan penjajaran semula industri peringkat negara untuk lebih menjauhi petrol dan ke arah elektrik di rantau ini.”

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >