Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarikat perdagangan rempah ratus derma $250,000 kepada ETF

Oct 23, 2020 | 06:00 PM





SEBUAH syarikat perdagangan rempah ratus, Nomanbhoy & Sons Pte Ltd, telah menyumbang $250,000 kepada Dana Amanah Pendidikan (ETF), yang terletak di bawah Yayasan Mendaki, demi menyokong pendidikan pelajar Melayu/Islam. 



Sumbangan itu akan diagih dalam bentuk biasiswa sepanjang lima tahun, kata Mendaki dalam satu kenyataan pada Jumaat (23 Okt).





Dinamakan Skim Biasiswa ETF-Nomanbhoy, ia bertujuan menyedia bantuan kewangan kepada pelajar Melayu/Islam cemerlang daripada keluarga berpendapatan rendah. 





Kerjasama Mendaki dan Nomanbhoy & Sons itu dimuktamad dalam satu Surat Perjanjian yang dimeterai dalam satu majlis pada 26 September lalu. 





Biasiswa itu, yang akan dilancarkan Januari tahun depan, dibahagikan kepada empat kategori, iaitu bagi pelajar sekolah pendidikan khas (SPED); sekolah rendah; Institut Pendidikan Teknikal (ITE); dan politeknik serta universiti setempat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >