Syarikat perlu labur dalam inovasi, pekerja, masyarakat: DPM Heng
Jun 05, 2019 | 05:30 AM
TIMBALAN Perdana Menteri (DPM) Heng Swee Keat berkata, di sebalik pertumbuhan teknologi baru, kurang sokongan globalisasi dan kuasa pertumbuhan Asia, pemimpin perniagaan perlu melabur dalam inovasi, pekerja dan masyarakat.
Berucap kepada 200 pemimpin perniagaan di forum tadbir urus korporat Stewardship Asia Roundtable, Encik Heng menggesa syarikat supaya "cepat berinovasi agar kekal relevan dan berdaya saing."