Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: KEMENTERIAN TENAGA MANUSIA

Syarikat platform akan diberi masa sesuai diri dengan caruman CPF

Mar 05, 2022 | 05:30 AM



SYARIKAT platform akan diberikan masa sesuaikan diri jika pemerintah memutuskan untuk melaksanakan keperluan baru untuk membuat caruman Tabung Simpanan Pekerja (CPF) bagi menyokong keperluan persaraan dan perumahan pekerja platform.



Ini merupakan antara saranan yang dikemukakan Jawatankuasa Penasihat bagi Pekerja Platform, menurut Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon.



Jawatankuasa yang dibentuk pada September tahun lalu itu dan merangkumi wakil daripada rakan kongsi tiga pihak telah mengenal pasti tiga bahagian utama bagi memberi pekerja platform masa depan yang lebih terjamin.



Ini termasuk memperbaiki kecukupan persaraan dan perumahan, mengukuhkan perlindungan kewangan sekiranya berlaku kecederaan semasa bekerja dan mempertingkat perwakilan.



Mengenai kecukupan persaraan dan perumahan, Encik Koh, semasa berucap di perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) kementeriannya berkata ramai pekerja platform telah menyuarakan kebimbangan terhadap keupayaan mereka untuk memenuhi kedua-dua keperluan semasa dan masa hadapan.



"Lebih separuh daripada pekerja platform yang mengambil bahagian dalam latihan perundingan awam kami berasa bahawa caruman CPF mandatori kepada Akaun Khas dan Biasa mereka adalah penting untuk keperluan persaraan dan perumahan mereka," kata beliau.



Encik Koh turut merujuk kepada tinjauan Institut Kajian Dasar (IPS) mengenai kerja platform yang menunjukkan bahawa sekitar 84 peratus daripada pekerja platform bimbang sama ada mereka mempunyai simpanan yang mencukupi untuk persaraan mereka.



Ada dalam kalangan pekerja ini juga berharap dapat menggunakan simpanan CPF mereka untuk membiayai pembelian flat selain inginkan lebih banyak sokongan bagi membantu mereka menyimpan dengan lebih baik untuk keperluan jangka masa panjang, tambahnya.



Justeru, menurut Encik Koh, jawatankuasa penasihat itu sedang mempertimbangkan idea memerlukan syarikat platform membuat caruman CPF bagi menyokong keperluan persaraan dan perumahan pekerja platform.



Meskipun begitu, syarikat platform juga telah mengetengahkan kebimbangan mereka bahawa langkah sedemikian "akan mengakibatkan peningkatan mendadak dalam kos perniagaan".



Dengan itu, "pilihan yang sedang dipertimbangkan ialah pendekatan berperingkat yang akan memberi masa untuk ekosistem platform menyesuaikan diri" tambah Encik Koh.



Perlindungan kewangan turut menjadi keprihatinan pekerja platform sekiranya berlaku kecederaan semasa bekerja, menurut Encik Koh sambil menambah pekerja platform melahirkan kebimbangan bahawa mata pencarian mereka akan terjejas dek kecederaan.



Ini ditambah pula dengan keprihatinan bahawa perlindungan insurans yang diberikan tidak konsisten merentas syarikat platform.



Menyentuh tentang hal ini, Encik Koh berkata jawatankuasa penasihat sedar bahawa sebarang penyelesaian perlu mengambil kira sifat pekerjaan platform.



Antara lain, ia termasuk fleksibiliti dalam masa bekerja dan keupayaan bekerja untuk lebih daripada satu syarikat platform pada masa yang sama.



Mengenai isu perwakilan, Encik Koh berkata jawatankuasa penasihat akan mengkaji beberapa penyelesaian yang telah diusulkan, termasuk cadangan untuk membentuk sebuah kesatuan sekerja mewakili pekerja platform.



"Masih terlalu awal untuk menyatakan bagaimana cadangan itu akan dilaksanakan atau perubahan perundangan yang diperlukan.



"Cadangan yang dipilih akan menyumbang ke arah keseimbangan yang lebih mampan - satu di mana kos perlindungan buruh dikongsi secara lebih saksama merentas setiap pemegang kepentingan dalam ekosistem platform," ujarnya.




"Lebih separuh daripada pekerja platform yang mengambil bahagian dalam latihan perundingan awam kami berasa bahawa caruman CPF mandatori kepada Akaun Khas dan Biasa mereka adalah penting untuk keperluan persaraan dan perumahan mereka...

(Syarikat platform ketengahkan kebimbangan langkah sedemikian) akan mengakibatkan peningkatan mendadak dalam kos perniagaan... pilihan yang sedang dipertimbangkan ialah pendekatan berperingkat yang akan memberi masa untuk ekosistem platform menyesuaikan diri."

- Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >