Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarikat SG disiasat buat, bungkus semula pelitup secara haram

HSA rampas 2,500 pelitup pembedahan, nasihatI orang ramai jangan guna jenama 'Vision Empire Healthcare'
Jun 12, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK 2,500 pelitup pembedahan dalam 33 karton telah dirampas oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA), yang menemui sebuah premis pembungkusan dan pembuatan pelitup pembedahan yang tidak sah di Ubi Crescent pada 31 Mei.



Ini kali pertama sebuah syarikat di sini disyaki membuat pelitup pembedahan yang menyalahi undang-undang di Singapura.



Kemudahan itu milik syarikat Vision Empire International Pte Ltd, yang juga disyaki membuat pelitup pembedahan tanpa lesen oleh HSA, salah satu syarat di bawah Akta Produk Kesihatan.



Pelitup pembedahan itu didapati dibuat dalam persekitaran sementara tidak bersih dan karton-karton itu terdedah tidak ditutup.



Syarikat itu juga disyaki mengimport pelitup pembedahan dari luar negara, membungkus dan menjenamakannya semula dengan bungkusan syarikat itu, sebelum menjualnya walaupun mereka tidak mempunyai lesen.



Pelitup itu dijual di bawah jenama Vision Empire Healthcare.



Siasatan awal menunjukkan pelitup pembedahan itu dijual menerusi wadah e-perdagangan pda harga $10 hingga $22 setiap kotak, mengandungi 50 pelitup.



Dengan bantuan pentadbir wadah-wadah tersebut, HSA telah mengarahkan syarikat itu menarik semula produknya daripada pasaran, kata HSA dalam satu kenyataan.



Siasatan lanjut sedang dijalankan.



Semua pembuat atau pembungkus semula pelitup pembedahan wajib mendapatkan lesen daripada HSA bagi memastikan produk mereka mematuhi piawaian ISO 13485 dengan kebersihan, mutu baik dan selamat digunakan.



HSA menasihati pengguna supaya berhenti menggunakan pelitup pembedahan jenama 'Vision Empire Healthcare'.



Pelitup pembedahan daripada kemudahan tidak berlesen belum disahkan memenuhi piawaian mutu, keupayaan penapisan dan pernafasan sesuai.



Pelitup pembedahan tidak mencapai standard HSA mungkin tidak dapat menyediakan tahap perlindungan sepatutnya bagi pengguna.



Antara lain, pelitup pembedahan yang disimpan dalam yang tidak bersih berpotensi tercemar atau terdedah kepada kotoran di sekitarannya.



Jika pengguna menggunakan pelitup pembedehan sedemikian, ia meningkatkan risiko mengalami kerengsaan kulit, sesak pernafasan dan jangkitan lain.



Oleh itu, pengguna dinasihati membaca panduan pelitup pembedahan dan senarai penyedia tempatan yang dilesenkan HSA.



HSA akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mereka yang terlibat dalam kegiatan haram dari segi pembuatan atau pembekalan pelitup pembedahan.



Sesiapa yang membuat membekal pelitup pembedahan secara haram boleh didakwa dan, jika sabit kesalahan, dikenakan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda hingga $50,000 atau kededua hukuman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >