Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarikat SG disiasat pemerintah Brazil bagi pembelian vaksin dari India

Aug 27, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH syarikat yang berpangkalan di Singapura disiasat pemerintah Brazil atas dakwaan berlakunya penyelewengan terhadap perjanjian dengan negara Amerika Selatan untuk membeli vaksin India Covid-19 Covaxin.



Dengan jumlah kematian tertinggi di dunia akibat Covid-19 selepas Amerika Syarikat, Brazil amat memerlukan vaksin, tetapi pada 29 Jun lalu, ia membatalkan kontrak Februari berjumlah AS$320 juta ($433 juta) dengan pembuat vaksin India, Bharat Biotech atas tuduhan rasuah.



Syarikat itu dijadualkan membekalkan 20 juta dos Covaxin, yang dibangunkan dengan sokongan pemerintah India.



Jawatankuasa siasatan parlimen Brazil menyiasat mengenai "penyelewengan serius" yang dilaporkan oleh tukang adu kepada Kementerian Kesihatan melaporkan Madison Biotech, Singapura, sebagai sumber didakwa mengeluarkan invois pembayaran pendahuluan yang meragukan.



CNN Brasil yang mengakses dokumen 11 halaman dari jawatankuasa siasatan parlimen antara lain menyebut invois 19 Mac dengan bayaran AS$45 juta dari Madison Biotech kepada Kementerian Kesihatan Brazil untuk tiga juta dos Covaxin, sebelum membuat penghantaran vaksin.



Pendakwa Brazil menuduh bahawa Madison Biotech adalah syarikat 'shell' (syarikat yang mempunyai aset kewangan tetapi tiada kegiatan perniagaan ketara) yang bukan sebahagian daripada kontrak.



"Walaupun bukan sebahagian dari kontrak, atau belum memenuhi syarat sebelum pembayaran kontrak, Bharat Biotech mengirim invois yang memihak kepada syarikat yang nampaknya asing dengan kontrak bertajuk Madison Biotech PTE Ltd," kata kenyataan parlimen dalam bahasa Portugis.



Tetapi jurucakap Bharat Biotech menafikan melakukan kesalahan, dan memberitahu The Straits Times bahawa syarikat Singapura salah satu daripada 13 syarikat gabungannya.



Ia dibentuk tahun lalu oleh pengasas Krishna Ella "untuk tujuan R&D luaran (penyelidikan dan pengembangan) penjualan dan pemasaran vaksin", kata syarikat itu.



Bharat Biotech International telah mengeksport banyak vaksin - termasuk melawan virus Zika, kolera dan chikungunya - dari pejabatnya di Hyderabad, India sejak 25 tahun lalu.



Madison Biotech ditubuhkan di Singapura pada 14 Februari tahun lalu di 31 Cantonment Road, menurut portal Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra).



Jurucakap Bharat Biotech tidak memberikan respons sama ada Madison Biotech telah mengusahakan kontrak global selain daripada kontrak dengan Brazil.



Ketika ST mengunjungi rumah kedai di 31 Cantonment Road pada 13 Julai lalu, sebuah unit di tingkat satu diduduki oleh Sashi & Sekar Associates.



Warga Singapura, Krishnamurthy Sekar dilantik sebagai pengarah Madison Biotech pada 9 November tahun lalu.



Encik Sekar memberitahu ST bahawa beliau "hanya pengarah penama" dan mengambil arahan dari ibu pejabat syarikat itu di India.



Encik Sekar, yang juga pengarah Sashi & Sekar Associates, mengatakan firma itu menyediakan perkhidmatan kesetiausahaan korporat kepada lebih dari 100 syarikat dan Madison Biotech adalah salah satu pelanggannya.



"Di Singapura, warga asing tidak dapat membentuk syarikat tanpa pengarah pemastautin, jadi untuk syarikat seperti ini, kami menyediakan perkhidmatan ini," kata Encik Sekar.



Beliau menambah bahawa Madison Biotech tidak mempunyai pekerja di Singapura dan ibu pejabat India sedang merekrut.



Mengenai tuduhan oleh pendakwa Brazil mengenai Madison sebagai syarikat shell, Encik Sekar berkata:



"Kami menyimpan buku-buku akaun dan pemfailan AR (laporan tahunan). Kami tidak ada kaitan dengan pihak perniagaan."



Panel 11 senator Brazil memulakan perbicaraan pada bulan April untuk kes tersebut dan sejak bulan Jun, pihaknya telah mengalihkan perhatian kepada perjanjian pembelian Covaxin, yang disebut oleh media tempatan sebagai skandal "CovaxinGate".



Tumpuan siasatan adalah pada harga yang lebih tinggi untuk Covaxin.



Untuk membeli 20 juta dos, Kementerian Kesihatan Brazil membayar AS$320 juta kepada Precisa Medicamentos dan perantara Bharat Biotech's Brazil juga sedang disiasat.



Oleh itu, setiap dos berharga AS $ 5, jauh lebih tinggi daripada AS$ 1.34 yang disebut dalam e-mel antara Bharat Biotech dan Kementerian Kesihatan Brazil, kata laporan CNN Brasil, yang memetik laporan parlimen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >